
Sulit
5 tahun
Keluar cecair hitam pekat dari faraj bukan pada waktu haid
saya wanita berumur 19, semenjak 4 ke 5 hari ini saya dapati cecair berwarna hitam pekat keluar dari faraj saya. saya hanya menukar pantyliner setiap kali solat. sebab saya tidak tahu adakah ini darah haid ataupun tidak. saya perlukan kepastian adakah ini darah penyakit ataupun darah haid ? adakah saya boleh berpuasa dan solat ketika saya mengalami masalah ini ? thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluat cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Hanya dari penerangan anda, saya tidak dapat untuk membuat keputusan sama ada ianya darah haid atau darah penyakit. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi memeriksa sekiranya anda ada masalah seperti yang disenaraikan di atas.
Akan tetapi secara ringkas boleh saya katakan, sekiranya pendarahan tersebut lebih dari 15 hari (dari hari pertama anda datang haid) ianya dikira darah penyakit dalam Islam. Maka anda harus puasa. Namun, saya sarankan anda bertanya lebih lanjut dengan pihak yang lebih arif mengenai hal ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.