
Sulit
3 tahun
Period tak teratur dan tidak berhenti
Hi, sy wanita berusia 34 tahun, berasal dari johor. Saya masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah period tak teratur & period saya tidak berhenti melebihi 15 hari. Masalah ni bermula tahun lepas, saya telah berjumpa doktor & melakukan scan tapi doktor cakap tiada masalah. Kemungkinan hormon dan memberikan ubat norethisterone…Period saya kembali normal tapi pada tahun ini masalah period tak berhenti saya kembali lagi. Hujung bulan lepas daya period selama 12 hari, stop dalam 5 hari kemudian period lg.Saya cuba mengambil ubat norethisterone tapi setelah 3 hari, darah tersebut belum berhenti…minta pandangan doktor apa patut saya lakukan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan