Sulit
8 bulan
Adakah denggi boleh berulang pada orang yang pernah dijangkiti sebelumnya?
Hai doktor, saya ada keliru tentang sesuatu, bolehkah denggi berulang jika kita sudah pernah dijangkiti?
8 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Individu yang pernah menghidap demam denggi mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang penyakit itu untuk buat kali kedua. Ini kerana virus denggi ada 4 jenis iaitu, DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Kajian ada juga mendapati serangan denggi kali kedua boleh membawa kesan yang lebih teruk sehingga boleh mengakibatkan maut.
Oleh itu, setiap individu haruslah peka terhadap keadaan sekeliling untuk mengelakkan diri digigit oleh nyamuk yang mempunyai potensi membawa wabak denggi ini ke dalam badan manusia. Amalkan langkah-langkah pencegahan nyamuk kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.