
Sulit
5 tahun
Perlukah saya melakukan saringan covid19
Saya bercuti di australia pada 4-9 march 2020…sudah 19 hari saya berada di malaysia dan melakukan self qurantine dan alhamdulillah saya sihat…saya ingin bertanya perlukan saya membuat saringan covid19 kerana bos saya mengesa saya untuk membuat saringan kerana takut akan gelombang ke 3…saya klau boleh tidak mahu ke hospital kerana musim sekarang…terima kasih doctor yang sudi menjawab…may allah /god bless u

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Australia tidak tersenarai dalam negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Anda juga telah memantau kesihatan anda dan tidak mengalami sebarang simptom. Oleh itu, anda tidak akan diperiksa untuk COVID-19 di hospital MOH kerana ujian ini diutamakan untuk mereka yang berisiko tinggi. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun, perkhidmatan ini disediakan di hospital swasta seperti KPJ juga dengan kadar bayaran mereka sendiri. Kami juga menyediakan servis home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini