Sulit
5 tahun
Saya ada buat swab test di klinik swasta. Kemudian semasa membuat swab test tersebut, didapati dr tersebut tidak memakai full ppe
Hai selamat sejahtera. Pagi tadi saya ada buat swab test pcr. Didapati doktor yang mengendalikan saya semasa ujian tersebut tidak memakai full ppe. Saya bimbang akan keselamatan saya memandangkan dr tersebut tidak memakai ppe. Mungkin kebarangkalian saya untuk berisiko dapat result positive tinggi? Sebab bimbang jika dr tersebut ada membuat swab test kepada patient yang positive tampa memakai ppe then membuat swab test kepada next patient pula
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan kepada kami.
Melalui keterangan yang dinyatakan, kami amat memahami kebimbangan yang anda rasai lebih-lebih lagi di dalam keadaan negara masih dibelenggu dengan pandemik COVID-19.
Bagi mendapatkan penjelasan dan aduan, disarankan untuk anda menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































