Sulit
5 tahun
Saya keliru.. kuarantin atau mula kerja semula
Hai doc…pejabat saya ada seorang disahkan positif covid pada isnin lalu…kami sudah swab test pada 20hb(semalam) dan kebanyakannya negatif…jika majikan minta mula berkerja semula pada hari isnin…patut ke kami mulakan kerja atau patut kami kuarantin dahulu dalam 10hari…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda perlu meneruskan untuk kuarantin di rumah selagi swab kedua tidak dibuat kerana keputusan negatif swab pertama tidak menjaminkan anda dan rakan sekerja anda bebas dari COVID-19.
Untuk soalan berkenaan sekiranya majikan memanggil anda untuk bekerja semula, anda perlu menghubungi pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) dan memberitahu status anda supaya arahan seterusnya dapat diberikan kepada anda.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
[email protected]
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































