Sulit
2 tahun
Mengambil pil postinor 2 selepas haid adakah masih efektif?
Saya wanita, 26 tahun, ada melakukan sexual intercourse dengan partner. Tapi dalam waktu yg sama saya ada ambil contraceptive pill postinor 2 sekaligus dalam masa 24 jam. Saya tak ada ambil pil perancang kerana jarang melakukan hubungan sex bersama partner.
Kerisauan saya ialah, pada hari saya lakukan sex saya ada period, tetapi flow darah period saya sangat sangat sedikit dan ada juga brown discharge hingga tiada langsung tanda period dan hanya ambil masa lebih kurang 4 hari sahaja. kemudian kami ada lakukan sexual intercourse seperti dinyatakan. Keesokkan harinya saya mengambil ubat postinor 2 dan waktu yang sama saya sedari period saya berhenti terus. Sudah lebih seminggu sejak saya ambil pil postinor 2.
Dalam waktu yg sama kadang kadang saya ada rasa sakit sekitar bawah perut seperti cramp dan bahagian dada seperti biasa saya alami setiap bulan sama seperti pms simptom.
Adakah disebabkan kesan pil postinor tersebut melewatkan lagi haid saya? Pil tersebut efektif atau tak jika diamabil pada waktu yang dinyatakan? Adakah akan ada possibiliti yang tinggi untuk saya mengandung? Atau ada kemungkinan saya mengandung? Bolehkah saya ambil pil turun haid kalau dalam tempoh masa 2-3 minggu saya masih belum haid???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi kongsi kebimbingan anda.
Saya memahami situasi yang dialami dan akan cuba membantu anda.
Postinor-2 ialah kontraseptif kecemasan dan tidak disenaraikan sebagai kaedah kawalan kelahiran biasa. Ia biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Sebelum mengambil pil perancang kehamilan ini, doktor atau ahli farmasi anda harus memastikan bahawa anda tidak hamil. Anda juga harus memberitahu ahli farmasi atau doktor anda jika anda mengambil ubat lain. Ini kerana jika anda sedang mengambil ubat lain, ia mungkin menjejaskan cara pil ini berfungsi.
Terdapat beberapa kesan sampingan yang biasa dialami seperti:
- keletihan
- loya
- muntah.
Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit
Pengambilan pil postinor biasanya tidak menjejaskan kitaran haid. Walau bagaimanapun, haid anda juga boleh datang lebih awal atau lewat daripada kitaran biasa. Anda juga mungkin mengalami pendarahan yang tidak teratur atau bertompok sehingga haid seterusnya.
Ujian kehamilan menggunakan air kencing atau UPT boleh dilakukan untuk mengesan kehamilan. Jika anda tidak pasti dengan keputusan anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan di hospital.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat lanjut
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Terima kasih dan saya harap ini menjawab soalan anda.