nadhilah302
7 tahun
Tempoh haid melebih 15 hari
Saya ingin bertanya tentang tempoh haid wanita yang melebihi 15 hari tetapi ianya sudah di akhir kitaran haid (seperti keputihan sudah mula keluar). Saya sudah mengalami masalah ini dalam beberapa bulan lepas secara berturut-turut. Adakah ia tidak normal atau sebaliknya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sekiranya perkara ini berpanjangan dan kitaran haid masih berpanjangan untuk bulan bulan yang berikutnya, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.




























