Sulit
5 tahun
Tidak pasti keadaan saya macam mana sekarang
Hai doktor. Saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur, paling lama 2 bulan tak datang haid. Bulan 1 tahun ini, saya datang haid tapi darah sikit saja. saya tak datang haid sampai la bulan 5 ini. Akhir bulan 4 dan awal bulan 5, saya mengalami sakit pinggang sehingga sukar untuk saya bangun atau duduk. Rasa cucuk² dan ngilu. Masuk minggu kedua bulan 5 dia kurang sakit tapi akan rasa sakit amat bila baring atas lantai atau carpet padahal sebelum ini tiada masalah. Kalau saya duduk bersila pula, kaki kiri akan rasa sakit hingga saya lebih memilih untuk baring. Dalam minggu lepas, Saya ada melihat ketulan darah sikit tapi tidak mengeluarkan darah. Hari ke-3 darah ada keluar tapi sikit saja dan tidak pekat. Hari lainnya, hanya lendiran darah keluar semasa saya kencing. Baru² ini, ada lediran yang berwarna seakan² coklat dan mengeluarkan bau yang tidak enak.Saya juga buang air besar selalu cirit birit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kadangkala lendir coklat yang terkeluar ini mungkin hanyalah cebisan rahim atau darah teroksida daripada kitaran hadi yang lepas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























