Tips Memilih Vitamin Dan Supplemen Bagi Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan nutrien yang secukupnya bagi memastikan anda dan kandungan dalam keadaan sihat. Sebilangan besar ibu mengambil vitamin ibu hamil sebagai makanan tambahan yang diperlukan untuk perkembangan janin.
Diet Bagi Wanita Hamil: Apa Vitamin Ibu Hamil Boleh Makan?
Diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik: Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga.
Vitamin Pranatal Untuk Ibu Hamil Sebagai Suplemen Tambahan
Walaupun anda mengikut diet yang seimbang, sebagai wanita hamil, sebenarnya agak rumit untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan dalam jumlah yang sama setiap hari.
Oleh kerana inilah, para wanita hamil disarankan mengambil suplemen vitamin khas buat ibu hamil supaya kandungan anda mendapa nutrien yang secukupnya.
Multivitamin adalah makanan tambahan harian yang mengandungi vitamin spesifik yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Mari semak senarai vitamin pranatal untuk ibu hamil yang dipilih berdasarkan undian popular.
Vitamin Ibu Hamil #1 Obimin Pre and Post Natal Supplement
25% dari pembaca theAsianparent Malaysia mengundi vitamin ibu hamil Obimin, menjadikannya duduk di tempat teratas dalam senarai vitamin ibu hamil yang penting.
Pil yang dimakan sehari sekali ini merupakan pilihan utama bagi wanita hamil kerana selain mengandungi khasiat vitamin dan mineral utama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien penting untuk perkembangan janin.
Vitamin Ibu Hamil #2 Blackmores Pregnancy Gold
Di tempat kedua undian adalah Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold sebagai vitamin wanita yang mengandung.
Di samping mengandungi nutien penting semasa mengandung, suplemen ini juga mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan otak, selain kaya dengan iodin dan vitamin D3.
Vitamin Ibu Hamil #3 GNC Women’s Prenatal Formula
Selain mengandungi khasiat vitamin penting, GNC Women’s Prenatal Formula membekalkan beta carotene, sejenis antioksidan penting untuk tubuh.
Vitamin Ibu Hamil #4 Obimin Pluz Complete Antenatal Health Supplement With DHA/EPA
DHA merupakan perbezaan besar yang terdapat di antara Obimin Pluz dan Obimin Pre and Post Natal yang berada di tangga teratas.
DHA merupakan asid lemak yang membantu perkembangan otak dan mata bayi, yang sangat penting apabila anda mencari vitamin ibu hamil terbaik.
Obimin Pluz juga mengandungi Asid Eicosanpentanoic (EPA), untuk fungsi otak maksimum.
Vitamin Ibu Hamil #5 Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements
Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements menduduki tangga ke 5 pilihan vitamin ibu hamil. Ia mengandungi nutrien seimbang untuk untuk wanita hamil dengan kandungan selamat dan natural, sesuai untuk vegetarian.
Semoga info yang diberikan bermanfaat.
Setinggi penghargaan buat TheAsianParent.com atas kebenaran untuk kami menyiarkan artikel ini. Semoga isi kandungannya dapat memberi manfaat kepada pembaca.