Baca Soalan
- Diabetes insipidus merupakan suatu penyakit yang tidak sama dengan penyakit kencing manis yang juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus.
- Diabetes Insipidus adalah sejenis penyakit di mana pesakit yang mengalaminya menghasilkan kencing melebihi 3 liter dalam tempoh 24 jam atau sehari.
- Penyebab diabetes insipidus mempunyai dua punca utama yang berkait rapat dengan ADH (antidiutretic hormone) sama ada kekurangan dalam penghasilan atau rintangan terhadap reseptor ADH pada buah pinggang.
Hormon Antidiuretik (ADH)
- Hormon antidiuretik (antidiuretic hormone) adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh hypothalamus. Hormon ini juga sering dikenali sebagai vasopressin.
- ADH mempunyai 2 fungsi utama di dalam tubuh badan iaitu:
- Pertama, hormon ini meningkatkan jumlah air yang diserap kembali ke dalam sistem tubuh badan dari buah pinggang.
- Kedua, ia meningkatkan kadar rintangan aliran darah periferal (peripheral) dengan mengecilkan diameter pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah.
- Hormon ini adalah hormon yang mengawal kepekatan air di dalam tubuh badan.
- Ciri-cirinya adalah:
- Peningkatan kandungan sodium chloride (hypernatremia) di dalam tubuh badan
- Kerap membuang air kecil (polyuria)
- Sentiasa berasa haus (polydipsia)
- Manakala penghasilan hormon ini secara berlebihan akan menyebabkan satu keadaan yang dikenali sebagai ‘Syndrome of Inappropriate Antidiuretic Hormone secretion’ (SIADH) di mana seseorang itu membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit.
- Air akan dikekalkan di dalam tubuh badan dan ia akan mengakibatkan tanda-tanda:
- Hyponatremia
- Hypoosmolality
- Kencing yang sedikit tetapi pekat
- Terdapat dua jenis Diabetes Insipidus yang boleh dihidapi seseorang, iaitu:
Central Diabetes Insipidus
Nephrogenic Diabetes Insipidus
Central Diabetes Insipidus
- Central Diabetes Insipidus (CDI) adalah jenis Diabetes Insipidus yang paling kerap dialami oleh kebanyakan pesakit Diabetes Insipidus.
- Majoriti Central Diabetes Insipidus berlaku tanpa diketahui dengan baik apakah puncanya.
- Ketumbuhan tumor sama ada primer atau sekunder, penyakit-penyakit yang menceroboh tisu otak (seperti Langerhans Cell Histiocytosis), pembedahan pada otak dan trauma antara punca berlakunya masalah ini.
- Kajian yang dilakukan dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami CDI pula menununjukkan kebanyakan daripada mereka mengalami kondisi yang dikenali sebagai craniopharyngioma.
- Cranipharyngioma adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser.
- Keadaan CDI boleh menjadi semakin teruk apabila seseorang wanita itu hamil. Hal ini kerana terdapat bahan yang memusnahkan hormon ADH di dalam tubuh yang dikenali sebagai vasopressinase yang dilepaskan daripada uri. Enzim tersebut akan menyebabkan kandungan ADH di dalam tubuh ibu semakin berkurangan.
Idiopathic CDI
- Idiopathic CDI bermaksud CDI yang tidak diketahui puncanya. Mekanisma yang sering dicadangkan adalah mekanisma autoimun.
- Imbasan oleh mesin MRI menunjukkan struktur ini menjadi tebal dan lebih besar dari biasa.
Faktor keluarga dan masalah kongenital
- Berikut adalah beberapa contoh-contoh:
- Faktor keturunan
- Sesetengah masalah CDI yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor keturunan. Sesetengah individu yang mempunyai apa yang dikenali sebagai penyakit ‘autosomal dominant’ yang berlaku disebabkan oleh mutasi pada gene yang terlibat dalam penghasilan ADH
- Wolfram syndrome
- Sindrom yang membuatkan seseorang itu mengalami masalah CDI, Diabetes Mellitus (kencing manis), optic atrophy, masalah pendengaran, masalah kognitif dan masalah psikiatrik yang akan muncul tidak lama kemudian. Ia merupakan masalah genetik.
- Congenital hypopituitarism
- Ia bermaksud organ pitutari bersaiz lebih kecil dari sepatutnya sejak dari kecil sama ada berlaku bersama ataupun berasingan dengan masalah pada lobus belakang organ pituitari.
Nephrogenic Diabetes Insipidus
- Nephrogenic Diabetes Insipidus (NDI) adalah suatu keadaan di mana hormon ADH yang dihasilkan adalah mencukupi.
- Namun, masalah yang berlaku terletak pada buah pinggang yang menghadapi rintangan dalam memberikan tindak balas terhadap ADH yang diterima olehnya.
- Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku antaranya adalah penyakit yang disebabkan oleh keturunan yang kebanyakannya dihadapi oleh kanak-kanak, terdedah kepada pengambilan lithium dan hypercalcemia yang berlaku kepada orang dewasa.
- Berikut adalah contoh-contoh yang boleh dilihat dalam penyakit NDI:
- Penyakit NDI Disebabkan Oleh Keturunan
- Kesan toksik lithium
- Faktor-faktor lain:
Hypercalcemia
Hypokalemia
Penyakit Buah Pinggang
Ubat ubatan
Mengandung
Pembedahan craniopharyngioma
Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli
Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
18 Aug 2018