Ketahui Jika Anda Dijangkiti Demam Denggi

Tanda-Tanda Deman Denggi Yang Perlu Anda Tahu - DoctorOnCall

Demam denggi bukanlah satu penyakit yang asing dalam negara kita. Penyakit yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes ini boleh membawa maut. Ramai yang mungkin tidak begitu mengenali demam denggi dek wabak COVID-19 yang lebih sering diperkatakan beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, seperti Covid 19, demam denggi juga telah banyak menyebabkan kematian. 

Adakah anda tahu bahawa denggi adalah hiperendemik di Malaysia1? Hiperendemisiti adalah keadaan di mana terdapat kejadian penyakit yang berterusan dan tinggi2. Di Malaysia, kes denggi dijangka meningkat setiap 4-5 tahun3. Jumlah kes denggi tertinggi dilaporkan di negara ini ialah 131,101 kes pada tahun 20194. Statistik kes denggi di Malaysia bermula Januari 2022 sehingga pertengahan bulan September 2022, mencatatkan lebih daripada 39,000 kes terkumpul5

Sebagai penduduk di negara endemik denggi seperti Malaysia, adalah penting untuk kita kenali, apakah gejala demam denggi.

Kenali Gejala Demam Denggi

Jangkitan virus denggi biasanya menyebabkan gejala demam. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti tanda demam denggi yang membezakannya dengan demam akibat jangkitan lain?

Menurut WHO, jangkitan demam denggi perlu disyaki pada individu yang menghidap gejala demam panas dengan suhu yang tinggi (40 C) serta disertai dengan sekurang-kurangnya dua gejala yang disenaraikan di bawah6:

  • Sakit kepala yang teruk.

  • Sakit di belakang mata.

  • Sakit otot dan sendi.

  • Mual.

  • Muntah.

  • Bengkak kelenjar.

  • Ruam.

Individu yang disyaki menghidap demam denggi perlu dihantar ke fasiliti perubatan untuk pengesahan dan rawatan.

Berikut adalah perbezaan demam denggi dengan demam akibat jangkitan seperti Covid-19, Influenza dan lain-lain6,7,8,9,10,11:


Denggi

  Malaria

Influenza

Covid-19

Zika

Chikungunya

      Penyebaran

Gigitan nyamuk(Aedes. aegypti, Aedes. Albopictus)

Gigitan nyamuk (Anopheles

Titisan cecair daripada saluran pernafasan

Titisan cecair daripada saluran pernafasan

Gigitan nyamuk (Aedes. aegypti dan Aedes albopictus)

Gigitan nyamuk
(Aedes. albopictus dan Aedes. aegypti)

                                     Pengeraman/ Inkubasi


4-10 hari


10-15 hari




Biasanya 2 hari, boleh berlaku antara 1-4 hari



5-6 hari biasanya, sehingga 14 hari


3-14 hari


4-8 hari (boleh berlaku antara 2 -12 hari)

      Gejala spesifik

Sakit di belakang mata, bengkak kelenjar, ruam,

Sakit kepala, seram sejuk

Malaria yang parah boleh menunjukkan gejala sesak nafas

Batuk (biasanya tidak berkahak), keletihan yang teruk, sakit tekak dan hidung berair

Batuk, keletihan, hilang deria rasa dan bau


Ruam, mata merah (konjunktivitis)

Biasanya disertai dengan gejala sakit sendi yang teruk


Fasa Demam Denggi

Kebiasaannya gejala demam denggi bermula dalam tempoh 4-10 hari selepas digigit nyamuk yang membawa virus denggi6. Tempoh dari gigitan nyamuk sehingga gejala bermula dipanggil tempoh inkubasi atau pengeraman6.

Selepas itu, gejala denggi akan muncul dalam 3 fasa, iaitu fasa demam, fasa kritikal dan fasa pemulihan.

Fasa demam - Seperti namanya, fasa ini didominasi oleh gejala demam dan disertai gejala-gejala lain seperti yang di senaraikan di atas. Fasa ini boleh berlarutan antara 2 hingga 7 hari12,13.

Fasa kritikal – Fasa ini adalah fasa yang penting untuk diberi perhatian. Hal ini kerana keadaan pesakit boleh menjadi parah. Walaupun suhu demam mungkin akan menurun ketika ini, tanda-tanda amaran denggi yang lebih serius perlu diperhatikan12,13.

Fasa pemulihan - Pada fasa ini, keadaan pesakit akan semakin pulih dan stabil. Namun ruam kulit yang dialami akan mula mengelupas dan menjadi gatal12,13

Rujukan13,14

Tanda Amaran Denggi

Seperti yang dinyatakan, demam denggi yang teruk seperti denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi boleh berlaku pada fasa kritikal.

Oleh itu, kenali tanda-tanda amaran berikut
6,15:

  • Sakit perut yang teruk

  • Kerap muntah-muntah 

  • Gusi berdarah

  • Muntah berdarah

  • Nafas laju

  • Keletihan atau kegelisahan

  • Mengantuk 

Sekiranya gejala amaran di atas dikenalpasti pada mana-mana individu, pesakit haruslah segera di bawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Demam Denggi Parah Boleh Membawa Maut Tanpa Rawatan

Denggi yang teruk boleh membawa maut kerana kebocoran plasma darah, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan teruk atau kegagalan organ6.

Oleh itu, mengenali gejala denggi dan tanda-tanda amaran denggi yang parah adalah amat penting bagi memastikan rawatan awal boleh diberikan.


Rujukan

1. Rathakrishnan A, Klekamp B, Wang SM, Komarasamy TV, Natkunam SK, Sathar J, et al. (2014) Clinical and Immunological Markers of Dengue Progression in a Study Cohort from a Hyperendemic Area in Malaysia. PLoS ONE 9(3): e92021 | https://tinyurl.com/yck86uwh | Accessed on September 23, 2022.

2. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Lesson 1: Introduction to Epidemiology | https://tinyurl.com/wtnp8djx | Accessed on September 23, 2022.

3. 'Malaysia catat Kes demam Denggi Terendah Sejak Sedekad Lalu'. (2022, January 31) Berita Harian | https://tinyurl.com/4wc5pzmk | Accessed September 15, 2022.

4. CodeBlue. (2020, January 6). Malaysia reports 130,000 dengue cases in 2019, highest since 2015 | https://tinyurl.com/26365jyk | Accessed on September 23, 2022. 

5. iDengue_Versi 3.0 | https://tinyurl.com/n2jjfmru | Accessed on August 26, 2022.

6. World Health Organisation. Dengue and Severe Dengue | https://tinyurl.com/46vwdxu7 | Accessed on September 23, 2022.

7. World Health Organization. Malaria | https://tinyurl.com/bdzhsbej | Accessed on September 12, 2022.

8.World Health Organization. Influenza (seasonal) | https://tinyurl.com/ms6bscb7 | Accessed on September 12, 2022.

9. World Health Organization. Coronavirus | https://tinyurl.com/2p8w8zkz | Accessed on September 12, 2022.

10. World Health Organization. Zika virus | https://tinyurl.com/2p8fwsh8 | Accessed on September 12, 2022.

11. World Health Organization. Chikungunya | https://tinyurl.com/3kyw8834 | Accessed on September 12, 2022.

12. MSF Medical Guidelines. Dengue | https://tinyurl.com/hrdnu6ny | Accessed on August 26, 2022.

13. Centers for Disease Control and Prevention. Dengue Clinical Presentation | https://tinyurl.com/ycxjs6x7 | Accessed on September 23, 2022.

14. GUIDELINES FOR CLINICAL CASE MANAGEMENT OF DENGUE FEVER/ DENGUE HEMORRHAGIC FEVER/ DENGUE SHOCK SYNDROME 2011 IN PAKISTAN CONTEXT - Scientific Figure on ResearchGate | https://tinyurl.com/4343pv3s | Accessed on September 12, 2022.

15.Tanda-tanda amaran bagi jangkitan denggi yang teruk. World Health Organisation - Western Pacific Region | https://tinyurl.com/5ayww5mr | Accessed on August 26, 2022. 

C-ANPROM/MY/DENV/0084 OCT 2022


Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian:

Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan.