Ketahui Jika Anda Dijangkiti Demam Denggi
Adakah anda tahu bahawa denggi adalah hiperendemik di Malaysia?[1] Hiperendemisiti adalah keadaan di mana terdapat kejadian penyakit yang berterusan dan tinggi.[2]
Kes demam denggi di Malaysia menunjukkan pola yang membimbangkan, dengan peningkatan dijangka berlaku setiap 4 hingga 5 tahun.[3] Kes tertinggi berlaku pada tahun 2019, dengan 131,101 kes.[4]Pada tahun 2023, angka ini masih pada tahap tinggi, dengan 123,133 kes dan 100 kematian dilaporkan.[5] Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan untuk mengatasi masalah denggi ini.
Sebagai penduduk di negara endemik denggi seperti Malaysia, adalah penting untuk kita mengenali gejala demam denggi.
Kenali Gejala Demam Denggi
Gejala yang paling umum bagi demam denggi adalah demam panas. Bagaimana kita dapat membezakan demam denggi daripada demam yang lain?
Individu yang mempunyai demam panas yang melebihi 40°C beserta sekurang-kurangnya 2 gejala dibawah boleh disyaki menghidap demam denggi menurut WHO[6]:
Sakit kepala yang teruk
Sakit di belakang mata
Sakit otot dan sendi
Mual
Muntah
Bengkak kelenjar
Ruam
Individu yang disyaki menghidap demam denggi perlu dihantar ke fasiliti perubatan untuk pengesahan dan rawatan.
Berikut adalah perbezaan demam denggi dengan demam akibat jangkitan seperti demam denggi, Influenza dan Covid-19[6],[7],[8]:
Denggi | Influenza | Covid-19 | ||
Penyebaran | Gigitan nyamuk(Aedes. aegypti, Aedes. Albopictus) | Titisan cecair daripada saluran pernafasan | Titisan cecair daripada saluran pernafasan | |
Pengeraman/ Inkubasi | 4-10 hari |
| 5-6 hari biasanya, sehingga 14 hari | |
Gejala spesifik | Sakit di belakang mata, bengkak kelenjar, ruam, | Batuk (biasanya tidak berkahak), keletihan yang teruk, sakit tekak dan hidung berair | Batuk, keletihan, hilang deria rasa dan bau |
Fasa Demam Denggi
Kebiasaannya gejala demam denggi bermula dalam tempoh 4-10 hari selepas digigit nyamuk yang membawa virus denggi.[6] Tempoh dari gigitan nyamuk sehingga gejala bermula dipanggil tempoh inkubasi atau pengeraman.[6]
Selepas itu, gejala denggi akan muncul dalam 3 fasa, iaitu fasa demam, fasa kritikal dan fasa pemulihan.
Fasa demam - Seperti namanya, fasa ini didominasi oleh gejala demam dan disertai gejala-gejala lain seperti yang di senaraikan di atas. Fasa ini boleh berlarutan antara 2 hingga 7 hari.[9],[10]
Fasa kritikal – Fasa ini, yang biasanya berlangsung selama 24 hingga 48 jam dan berlaku antara hari ke-3 hingga ke-7 demam denggi, adalah ketika tanda-tanda amaran demam denggi yang teruk mungkin muncul. Adalah penting bagi pesakit untuk mendapatkan pemantauan perubatan yang rapi dalam tempoh ini kerana risiko kemungkinan komplikasi.[9],[10]
Fasa pemulihan - Pada fasa ini, keadaan pesakit akan semakin pulih dan stabil. Namun ruam kulit yang dialami akan mula mengelupas dan menjadi gatal.[9],[10]
Rujukan[11]
Tanda Amaran Denggi
Seperti yang dinyatakan, demam denggi yang teruk seperti denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi boleh berlaku pada fasa kritikal.Oleh itu, kenali tanda-tanda amaran berikut[6],[12]:
Sakit perut yang teruk
Kerap muntah-muntah
Gusi berdarah
Muntah berdarah
Nafas laju
Keletihan atau kegelisahan
Sekiranya gejala amaran di atas dikenalpasti pada mana-mana individu, pesakit haruslah segera di bawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Demam Denggi Parah Boleh Membawa Maut Tanpa Rawatan
Denggi yang teruk boleh membawa maut kerana kebocoran plasma darah, pengumpulan cecair, gangguan pernafasan, pendarahan teruk atau kegagalan organ.[9]
Oleh itu, mengenali gejala denggi dan tanda-tanda amaran denggi yang parah adalah amat penting bagi memastikan rawatan awal boleh diberikan.Walaupun tiada rawatan untuk demam denggi,[6] langkah pencegahan tetap boleh diambil oleh semua orang. Untuk mencegah demam denggi secara berkesan, kita perlu mengawal vektor, meningkatkan kesedaran masyarakat, pencegahan kendiri, memantau penyakit, dan mendapatkan vaksinasi. Dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan mengamalkan langkah perlindungan peribadi, kita dapat bersama-sama melawan demam denggi. Jadi, jangan lupa untuk berbincang dengan doktor anda tentang kaedah pencegahan demam denggi hari ini.
Rujukan
Rathakrishnan A, Klekamp B, Wang SM, Komarasamy TV, Natkunam SK, Sathar J, et al. (2014) Clinical and Immunological Markers of Dengue Progression in a Study Cohort from a Hyperendemic Area in Malaysia. PLoS ONE 9(3): e92021 |https://tinyurl.com/yck86uwh | Diakses pada 23 September 2022
Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Lesson 1: Introduction to Epidemiology |https://tinyurl.com/wtnp8djx | Diakses pada 23 September 2022
'Malaysia catat Kes demam Denggi Terendah Sejak Sedekad Lalu'. (2022, 31 Januari) Berita Harian |https://tinyurl.com/4wc5pzmk | Diakses pada 15 September 2022
CodeBlue. (2020, 6 Januari). Malaysia reports 130,000 dengue cases in 2019, highest since 2015 |https://tinyurl.com/26365jyk | Diakses pada 23 September 2022
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC). (2023) Malaysia: Dengue Prevention and Control DREF Operational Update. ReliefWeb |https://tinyurl.com/2x2cvfaz | Diakses pada 4 November 2024
World Health Organisation. Dengue and Severe Dengue |https://tinyurl.com/46vwdxu7 | Diakses pada 23 September 2022
World Health Organization. Influenza (seasonal) |https://tinyurl.com/ms6bscb7 | Diakses pada 12 September 2022
World Health Organization. Coronavirus |https://tinyurl.com/2p8w8zkz | Diakses pada 12 September 2022
Centers for Disease Control and Prevention. Dengue Clinical Presentation |https://tinyurl.com/ycxjs6x7 | Diakses pada 23 September 2022
MSF Medical Guidelines. Dengue |https://tinyurl.com/hrdnu6ny | Diakses pada 26 Ogos 2022
GUIDELINES FOR CLINICAL CASE MANAGEMENT OF DENGUE FEVER/ DENGUE HEMORRHAGIC FEVER/ DENGUE SHOCK SYNDROME 2011 IN PAKISTAN CONTEXT - Scientific Figure on ResearchGate |https://tinyurl.com/4343pv3s | Diakses pada 12 September 2022
Tanda-tanda amaran bagi jangkitan denggi yang teruk. World Health Organisation - Western Pacific Region |https://tinyurl.com/5ayww5mr | Diakses pada 26 Ogos 2022
C-ANPROM/MY/DENV/0385 JAN 2025
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd.
Penafian:Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan