- Organisma penyebab hepatitis C ialah virus hepatitis C. Hepatitis C merupakan penyakit radang hati yang boleh menjejaskan fungsi hati.
- Virus hepatitis C boleh menyebabkan sama ada hepatitis akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
Punca hepatitis C
- Hepatitis C biasanya disebarkan apabila darah seseorang yang dijangkiti virus hepatitis C memasuki tubuh seseorang yang tidak dijangkiti.
- Pada suhu bilik, virus hepatitis C mampu bertahan di luar badan sehingga beberapa minggu walaupun darah penyebab hepatitis C telah mengering.
- Terdapat beberapa jenis kejadian atau aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan hepatitis C ini ditularkan.
- Contoh aktiviti penyebab hepatitis C termasuk:
Perkongsian jarum suntikan, picagari atau peralatan suntikan dadah yang lain
Kecederaan akibat jarum suntikan yang tercemar di pusat-pusat kesihatan seperti hospital dan klinik
Pemindahan darah, produk darah atau organ yang dijangkiti hepatitis C
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap hepatitis C
- Punca-punca lain seseorang boleh dijangkiti virus hepatitis C yang jarang berlaku termasuk:
Perkongsian barangan peribadi yang mungkin telah bersentuhan dengan darah orang yang dijangkiti hepatitis C seperti pisau cukur atau berus gigi
Hubungan seksual dengan seseorang yang dijangkiti virus hepatitis C
Mendapatkan tatu atau menindik badan menggunakan peralatan yang tidak steril dan tercemar dengan darah yang dijangkiti hepatitis C
- Hepatitis C tidak disebarkan melalui susu ibu, air atau melalui sentuhan badan seperti berjabat tangan, ciuman dan pelukan. Selain itu, berbanding dengan hepatitis A, tidak terdapatnya apa-apa jenis makanan penyebab hepatitis C dan hepatitis C juga tidak boleh disebarkan melalui perkongsian makanan atau minuman dengan orang yang dijangkiti.
Risiko dapat hepatitis C
Risiko Hep C meningkat dalam kalangan golongan-golongan tertentu seperti:
Orang yang menyuntik dadah. Penyalahgunaan dadah dan hepatitis C berkait rapat dan perkongsian jarum suntikan dadah merupakan penyebab risiko hep C yang tertinggi. Walaupun anda telah menyuntik dadah hanya sekali, anda berisiko tinggi mendapatkan hepatitis C.
Pesakit dengan jangkitan HIV
Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti hepatitis C
Penerima produk darah yang tercemar atau prosedur invasif di pusat kesihatan yang tidak mempunyai kawalan jangkitan yang mencukupi
Pekerja sektor kesihatan yang tercedara akibat jarum yang tercemar dengan darah yang dijangkiti hepatitis C
Penerima faktor pembeku darah (sejenis produk darah) yang dibuat sebelum tahun 1987, apabila kaedah kurang maju digunakan untuk membuat produk-produk tersebut
Penerima transfusi darah atau pemindahan organ sebelum tahun 1992, iaitu sebelum ujian saringan terhadap penderma darah dilakukan
Orang yang mempunyai pasangan seks yang dijangkiti hepatitis C
Pesakit hemodialisis
Orang yang dipenjarakan
Orang yang mengambil dadah melalui hidung (intranasal)
Orang yang mempunyai tindikan atau tatu badan yang dilakukan menggunakan instrumen tidak steril