Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan dua lagi pesakit positif COVID-19 sebelum ini disahkan pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang pada Rabu. Menurut menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ujian pengesanan kali kedua terhadap pesakit kes ke-17 dan ke-18 itu didapati negatif.