Portal Khidmat Nasihat Virtual COVID-19 DoctorOnCall Kembali Beroperasi

Published at : MarketingInAsia
Published on: 8 Oct 2020

Bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19 serta kebimbangan berkaitan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah, DoctorOnCall telah mengemas kini perkhidmatan di platformnya. Demi pesakit di Sabah, portal telekesihatan khusus COVID-19 DoctorOnCall, kini kembali beroperasi. Inisiatif ini, pertama kali dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Februari 2020 dan merupakan kerjasama pertama seumpamanya dijalankan bersama pihak kerajaan.

DoctorOnCall is Malaysia’s leading digital health platform


Masyarakat di Sabah yang sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 dapat mengakses Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini secara percuma dari mana sahaja, tujuh hari seminggu melalui www.doctoroncall.com.my/coronavirus. Melalui laman ini, pesakit boleh dapat membaca artikel sahih dan tepat mengenai penyakit tersebut; mengambil ujian penilaian kendiri bagi mengetahui risiko jangkitan COVID-19 dan berhubung dengan doktor melalui mesej peribadi, panggilan telefon atau video. Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual secara percuma ini membolehkan doktor memahami kebimbangan orang awam mengenai jangkitan COVID-19 serta penyakit-penyakit lain, memberi penjelasan lanjut berkenaan sebarang gejala, dan memberikan nasihat yang sewajarnya.

Read full article here: MarketingInAsia