Portal Nasihat Virtual COVID-19 DoctorOnCall Kembali Beroperasi

Published at : DoctorOnCall
Published on: 8 Oct 2020

​KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2020 - Bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-


19 serta kebimbangan berkaitan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah, DoctorOnCall telah mengemas kini perkhidmatan di platformnya. Demi pesakit di Sabah, Portal Khidmat Nasihat Virtual COVID-19 DoctorOnCall, kini kembali beroperasi. Inisiatif ini, pertama kali dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Februari 2020 dan merupakan kerjasama pertama seumpamanya dijalankan bersama pihak kerajaan. Masyarakat di Sabah yang sedang menghadapi peningkatan kes COVID-19 dapat mengakses Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini secara percuma dari mana sahaja, tujuh hari seminggu melalui www.doctoroncall.com.my/coronavirus. Melalui laman ini, pesakit boleh dapat membaca artikel sahih dan tepat mengenai penyakit tersebut; mengambil ujian penilaian kendiri bagi mengetahui risiko jangkitan COVID-19 dan berhubung dengan doktor melalui mesej peribadi, panggilan telefon atau video. Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual secara percuma ini membolehkan doktor memahami kebimbangan orang awam mengenai jangkitan COVID-19 serta penyakit-


penyakit lain, memberi penjelasan lanjut berkenaan sebarang gejala, dan memberikan nasihat yang sewajarnya. Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual ini berpotensi mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan, meredakan ketakutan dan kebimbangan orang ramai dengan menyampaikan maklumat tepat dan sahih. Selain itu, sekiranya pesakit membuat pesanan ubat secara atas talian melalui DoctorOnCall, ubat-ubatan tersebut akan dihantar secara percuma ke lokasi mereka di negeri Sabah. DoctorOnCall telah mengaktifkan Portal Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual yang dikemas kini dengan segera pada saat kritikal dan genting ini, dengan harapan dapat menjaga keselamatan orang ramai dalam mendapatkan rawatan kesihatan.


Maran Virumandi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, DoctorOnCall berkata, "Kami juga telah memperkenalkan perkhidmatan Konsultasi Telekesihatan dengan pakar dan


juga pakej saringan kesihatan, dari beberapa hospital swasta seperti Hospital Thomson Kota Damansara, Pusat Kesuburan TMC dan Hospital Columbia Asia. "


“Buat pertama kalinya, pesakit boleh berbual melalui telefon atau panggilan video dari mana sahaja di seluruh Malaysia dengan menggunakan peranti mudah alih atau


komputer mereka dan bercakap dengan doktor pakar dari swasta. Ini merupakan servis tambahan kepada perkhidmatan sedia ada di mana, pesakit yang menggunakan platform


dapat menghubungi Doktor Perubatan Am (GP) dengan bayaran.” lanjutnya. DoctorOnCall yang ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan platform kesihatan digital


pertama dan terbesar di Malaysia. Ia menawarkan perundingan telekesihatan, farmasi dalam talian, penghantaran ubat, artikel berkaitan kesihatan yang sahih, serta


kemudahan mengatur temujanji dengan doktor dan pakar.

Read full article here: DoctorOnCall