KUALA LUMPUR, 6 Mei -- Tatkala rakyat Malaysia memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya serta sedang menyesuaikan diri dengan normal baharu untuk mengekang penularan COVID-19, DoctorOnCall menjalin kerjasama dengan Shopee Malaysia untuk menawarkan lebih pilihan untuk menjalani ujian COVID-19 kepada pengunjung platform e-dagang itu.
Dalam kenyataan bersama mereka hari ini, pengguna kini boleh membeli ujian real time reverse transcriptase – Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) COVID-19 melalui platform kedai dalam talian DoctorOnCall di Shopee Mall.