Sign Up / Log In
Account
Beli Ubat
Servis Doktor
Pusat Kesihatan
Pembelian Pukal
Korporat
✕
Baucar Ditebus!
Baucar akan ditebus secara automatik semasa checkout
*Terhad untuk 1 penggunaan bagi setiap pelanggan
*DOC berhak untuk membatalkan tebusan baucar dan sebarang pembelian yang berkaitan sekiranya baucar digunakan lebih dari sekali
Kehabisan stok
Pilih Varian
Product Added to Your Cart
Virusee SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Colloidal Gold) (Saliva/Swab) 20s
RM 162.35
Pengilang
-Genobio Pharmaceutical Co., Ltd
Negara Asal
-China
Jenama
-Virusee
Spesifikasi Produk
-Sensitiviti: 100%
-Spesifikasi: 98.0%
Jenis sampel
-Air Liur & Swab Hidung
Cara pengambilan / Arahan penggunaan / Cara penggunaan:
Air Liur
Keluarkan corong.
Pasangkan corong pada tiub. Batuk 3 hingga 5 kali dan meludah ke dalam corong.
Kumpul cecair sehingga separuh tiub ujian dan picit 10 kali.
Semak arahan ujian untuk melihat jumlah ludah yang anda perlukan.
Letakkan penutup pada tiub dan tambah 2 hingga 3 titis larutan ke ruangan sampel alat uji.
Baca keputusan pada masa 10 minit.
Swab Hidung
Pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan untuk membuat ujian termasuk pemasa, ruang kerja yang bersih dan kit ujian
Basuh tangan anda dengan bersih dengan sabun dan air.
Buka kit dan baca arahan dengan teliti. Pastikan anda memahami proses sebelum bermula..
Keluarkan swab dari bungkusan dan condongkan kepala anda ke belakang sedikit.
Masukkan swab perlahan-lahan ke dalam satu lubang hidung sehingga anda merasakan sedikit rintangan. Putar swab selama kira-kira 10-15 saat sebelum mengeluarkannya dari hidung anda.
Ulangi proses dengan swab yang sama di lubang hidung seterusnya.
Masukkan swab ke dalam tiub dan putar 5-10 kali dalam larutan reagen sambil memicit tiub.
Keluarkan swab dan letakkan penutup tiub.
Keluarkan kaset dan letak rata.
3 titik larutan sampel harus diletakkan pada ruangan sampel alat uji.
Baca keputusan pada masa 10 minit.
Interpretasi keputusan ujian:
Positif:
Jika anda melihat dua garis merah muncul pada kawasan kawalan C dan T, ia adalah hasil positif. Garisan mungkin jelas atau samar. Anda diuji positif Covid-19.
Negatif:
Jika anda melihat satu garis merah muncul pada kawasan kawalan C, dan tiada garisan pada kawasan kawalan T, ia adalah hasil negatif.
Anda mungkin tidak mempunyai Covid-19. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk terus memantau simptom jika anda mengesyaki anda mungkin terdedah kepada virus kerana terdapat peluang untuk hasil negatif yang tidak betul (negatif palsu).
Tidak Sah
Jika anda tidak melihat sebarang garis, atau hanya satu garis pada kawasan kawalan T, ia adalah hasil yang tidak sah. Ujian anda tidak berjaya.
Anda perlu melakukan ujian lain dengan kit ujian baharu.
Cara penyimpanan
-Simpan ujian pada suhu bawah 25˚C
Tarikh luput
-Semak tarikh luput pada bungkusan
Langkah berjaga-jaga/ Amaran
-Jauhkan ujian daripada kanak-kanak
-Sampel dan reagen tidak boleh diminum
-Jangan menyentuh sampel atau reagen. Elakkan daripada terkena pada kulit atau mata..
-Jangan gunakan ujian selepas tarikh luput
Artikel Singkat:
Pandemik COVID-19 telah mengubah kehidupan manusia. Dengan penularan virus yang meluas, ia menjadi semakin penting untuk mengenal pasti dan mengasingkan individu yang dijangkiti secepat mungkin untuk mengurangkan penyebarannya. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah melalui ujian COVID-19. Ujian COVID-19 tradisional melibatkan swab nasofaring, yang boleh menimbulkan ketidakselesaan bagi pesakit. Oleh sebab itu, penggunaan ujian air liur dan swab hidung COVID19 menjadi kegemaran ramai.
Apa itu Kit Ujian Air Liur dan Swab Hidung COVID-19?
Kit ujian air liur dan swab hidung COVID-19 ialah alat diagnostik yang menggunakan air liur atau cecair hidung untuk mengenal pasti SARS-CoV-2 iaitu virus yang bertanggungjawab untuk COVID-19. Ujian ini memberi hasil dengan cepat, tidak menyakitkan dan tidak invasif. Ini menjadikannya pilihan yang digemari orang ramai.
Kit ujian air liur dan swab hidung disyorkan untuk individu yang mengalami simptom COVID-19, berhubung dengan seseorang yang telah disahkan positif COVID-19 atau mengembara ke kawasan yang mempunyai bilangan kes yang tinggi baru-baru ini . Ia juga disyorkan untuk pekerja kesihatan dan pekerja lain yang mungkin berisiko tinggi terdedah kepada virus.
Natijahnya, kit ujian air liur dan swab hidung adalah cara yang cepat, cekap dan kos efektif untuk menguji COVID-19. Pengesanan awal adalah penting dalam usaha mencegah penyebaran virus dan dengan kaedah yang betul, kita boleh mengawal penyebaran COVID-19.