Obesiti adalah masalah kompleks yang melibatkan berat badan berlebihan. Berat badan anda bertambah apabila anda makan dengan banyak, lebih dari apa yang diperlukan oleh badan. Lebihan kalori ini akan disimpan sebagai lemak. Berat badan berlebihan dan kegemukan atau obesiti akibat pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan disimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Obesiti bukan sekadar mengenai kosmetik dan penampilan. Obesiti meningkatkan risiko penyakit dan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Jike seseorang sangat obes bermakna mereka mungkin mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan berlebihan.
Komplikasi
Jika anda obes, anda lebih cenderung untuk menghidapi beberapa masalah kesihatan yang serius.
Bahaya obesiti termasuk:
Trigliserida dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)- Meningkatkan risiko serangan jantung dan strok
Kencing manis jenis 2- Diabetes jenis 2 adalah keadaan kronik yang memberi kesan kepada cara badan anda menguruskan kandungan gula (glukosa) dalam darah iaitu sumber bahan bakar penting tubuh anda.
Tekanan darah tinggi
Sindrom metabolik - gabungan tinggi paras gula dalam darah, tekanan darah tinggi, tinggi paras trigliserida dalam darah dan paras kolesterol HDL yang rendah
Penyakit jantung- Penyakit jantung seperti penyakit arteri koronari, serangan jantung dan kegagalan jantung
Strok
Penyakit paru-paru seperti asma
Barah, termasuk barah rahim, serviks, endometrium, ovari, payudara, usus besar, rektum, esofagus, hati, pundi hempedu, pankreas, buah pinggang dan prostat
Gangguan pernafasan termasuk apnea tidur
Penyakit pundi hempedu (Disease of the gallbladder)
Pankreatitis
Masalah sendi seperti gout
Masalah ginekologi, seperti ketidaksuburan dan kitaran haid tidak teratur
Mati pucuk dan isu kesihatan seksual
"Non-alcoholic fatty liver disease"- Keadaan di mana lemak terkumpul pada hati dan boleh menyebabkan radang atau parut
Osteoarthritis kerana sendi lutut tidak dapat menyokong berat badan berlebihan
Kesan Sampingan Lain
Apabila anda obes, kualiti hidup anda mungkin berkurangan. Anda mungkin tidak dapat melakukan perkara yang biasa anda lakukan, seperti menyertai aktiviti yang menyeronokkan. Anda cenderung untuk memencilkan diri. Orang gemuk mungkin menghadapi diskriminasi.
Kesan obesiti lain yang boleh menjejaskan kualiti hidup termasuk:
- Kemurungan
- Hilang Upaya
- Masalah seksual
- Malu dan rasa bersalah
- Memencilkan diri dan tidak suka bergaul
- Prestasi kerja yang tidak memuaskan
Langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya harus diambil untuk mengelakkan keburukan obesiti.