Badan Gemuk

Apakah Rawatan Masalah Obesiti Atau Kegemukan/Berlebihan Berat Badan ?

Baca Soalan

  • Obesiti merupakan suatu penyakit yang kompleks dimana terdapatnya pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh dan menyebabkan seseorang itu mengalami berat badan yang berlebihan

  • Kajian tentang obesiti dalam Malaysia menyatakan bahawa sebanyak 33.3% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah berada dalam kategori pre-obes dan sebanyak 27.2% adalah obes

  • Obesiti membawa pelbagai komplikasi sekiranya tidak dikawal dan dirawat.

  • Kita haruslah mengenal pasti punca-punca obesiti dan cara mengatasinya untuk mengelakkan berlaku komplikasi tersebut.

Tujuan Rawatan

Secara umumnya, tujuan rawatan untuk pesakit yang mengalami obesiti adalah:

- Mencapai penurunan berat badan dengan kaedah yang betul dan selamat

- Mengekalkan berat badan yang optimum

- Menghalang penambahan berat badan

- Merawat penyebab kegemukan supaya dapat dielakkan

Gaya Hidup dan Pemakanan

Terdapat beberapa kaedah untuk mengenal pasti masalah kegemukan dan cara mengatasinya.

1) Kawalan Pemakanan

    • Pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang rendah dan makanan yang mengandungi kurang lemak adalah amat penting dalam strategi untuk menurunkan berat badan

    • Sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 hingga 1000 Kcal sehari berat badan akan berkurang sebanyak 8-10% dalam tempoh 6 bulan

    • Pengambilan kalori yang sangat rendah sebanyak 200 hingga 800 Kcal sehari boleh diamalkan untuk mencapai penurunan berat badan yang cepat tetapi memerlukan pengawasan daripada doktor atau pakar pemakanan

    • Kempen tentang cara pemakanan harus dilakukan di setiap sekolah sebagai cara menyelesaikan masalah obesiti di peringkat sekolah

2) Senaman

    • Senaman memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat badan dalam kalangan pesakit obesiti.

    • Senaman akan mengubah komposisi badan, mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit dan meningkatkan kualiti kehidupan

    • Senaman sederhana selama 30 minit setiap hari boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi seperti jantung dan kencing manis

    • Untuk mengekalkan berat badan setelah berlakunya penurunan berat badan, anda memerlukan senaman sederhana selama 60-90 minit sehari

    • Aktiviti senaman di sekolah pula adalah salah satu cara mengatasi obesiti dalam kalangan pelajar dengan efektif

3) Terapi Tingkah Laku

    • Matlamat terapi tingkah laku adalah untuk mengubah gaya dan cara pemakanan seseorang dan ianya dapat dicapai melalui sesi kaunseling pemakanan, kumpulan sokongan, dan pemantauan diri sendiri terhadap gaya hidup yang sihat

    • Kaedah ini boleh diambil oleh golongan yang tidak dapat mengawal cara pemakanan dengan sendiri

Ubat-ubatan

Pengambilan ubat untuk mengurangkan berat badan adalah sebagai kaedah tambahan kepada kaedah kawalan pemakanan, senaman, dan terapi tingkah laku

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan seperti:

  1. Ubat yang bertindak dengan mengurangkan penyerapan lemak di salur pendarahan seperti Orlistat

  2. Ubat yang bertindak dengan mengurangkan selera makan seperti Sibutramine dan Phentermine

Pembedahan

  • Kaedah ini boleh dipertimbangkan bagi mereka yang mempunyai obesiti yang teruk, dan apabila kaedah rawatan yang lain tidak berhasil

  • Antara kaedah pembedahan adalah pintasan perut, gastroplasti, dan pembedahan secara laparoskopik dengan memasukan alat seperti cincin bagi mengecilkan saiz perut

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?