Apakah itu psoriasis?
- Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit pesakit berganti dengan cepat berbanding dengan kulit yang normal menjadikan ia lebih tebal.
- Kawasan yang biasa diserang masalah ini adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi ia boleh juga menjangkiti bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
- Sel-sel akan berkumpul, kemudian mengelupas, bersisik dan kemerah-merahan pada permukaan kulit.
Apakah penyebab psoriasis?
- Punca penyakit psoriasis masih tidak dapat dipastikan. Namun, kajian menunjukkan sistem imun dan genetik memainkan peranan utama dalam perkembangannya.
- Biasanya, terdapat faktor pencetus psoriasis pada kulit kepala dan badan. Faktor-faktor yang menjadi punca penyakit kulit psoriasis termasuklah:
- Jangkitan kulit
- Kecederaan pada kulit
- Gigitan serangga
- Selaran matahari yang teruk
- Tekanan stres
- Merokok
- Penggunaan alkohol berlebihan
- Kekurangan vitamin D
- Kesan penggunaan ubat - ubatan
- Pencetus ini menyebabkan sel kulit pesakit tumbuh pada kadar yang lebih cepat, yang menyebabkan pembentukan psoriasis.
- Kedua-dua lelaki dan wanita masing-masing mempunyai potensi yang sama untuk menghidap psoriasis. Psoriasis juga boleh berlaku pada mana - mana kaum, tetapi pada kadar yang berbeza.
- Psoriasis biasanya menyerang pada peringkat umur 15 dan 35, namun ia juga boleh menyerang pada sebarang peringkat umur. Kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada pesakit psoriasis menghidapnya sebelum usia 10 tahun.
- Walaupun ini dianggap jarang berlaku, terdapat segelintir populasi bayi menghidap psoriasis sejak peringkat awal kehidupan mereka. Kebanyakan masyarakat ingin mengetahui penyakit kulit psoriasis apakah menular.
- Psoriasis tidak menular. Walaupun keadaan kulit pesakit psoriasis kelihatan mengerikan, namun ia bukanlah penyakit yang berjangkit.
- Anda tidak boleh menerimanya daripada orang lain atau menyebabkan jangkitan kepada orang lain.
Faktor Risiko Psoriasis
- Psoriasis biasanya bermula atau bertambah buruk disebabkan oleh pencetus yang mungkin dapat anda kenal pasti dan elakkan.
- Faktor-faktor yang boleh menyebabkan psoriasis adalah:
Sejarah keluarga adalah salah satu faktor risiko yang paling penting. Mempunyai seorang atau kedua-dua ibu bapa dengan psoriasis meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit ini.
Jangkitan virus dan bakteria. Pesakit HIV lebih cenderung untuk mengalami psoriasis daripada orang yang mempunyai sistem imun yang sihat. Kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap jangkitan berulang, terutamanya jangkitan bakteria streptococcus, juga lebih berisiko.
Stres boleh memberi kesan kepada sistem imun anda, tahap tekanan yang tinggi boleh menjadi punca psoriasis kulit kepala dan kulit badan.
Obesiti atau berat yang berlebihan meningkatkan risiko psoriasis. Plak yang biasa terjadi dalam semua jenis psoriasis sering timbul di kawasan lipatan kulit.
Merokok juga merupakan faktor. Rokok tembakau bukan sahaja meningkatkan risiko psoriasis tetapi juga dapat meningkatkan tahap keseriusan penyakit. Merokok juga boleh memainkan peranan dalam mencetuskan penyakit ini.
Ubat tertentu - termasuk lithium, yang digunakan untuk merawat gangguan bipolar, ubat tekanan darah tinggi seperti:
- Beta-antagonist
- Ubat antimalaria
- Iodine.
Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli
Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
18 Aug 2018