Baca Soalan
Pengenalan
- Rawatan untuk psoriasis biasanya membantu mengekalkan keadaan penyakit supaya dalam keadaan terkawal.
- Sekiranya gejala anda bertambah teruk atau tidak memberi tindak balas yang baik dengan penggunaan ubat, anda boleh merujuk kepada pakar kulit (Dermatologi).
- Terapi psoriasis ditentukan oleh jenis dan betapa parah penyakit anda. Ini bergantung kepada luas permukaan kulit yang terjejas. Doktor anda mungkin akan mula merawat dengan rawatan ringan, seperti krim topikal.
- Berbincang dengan doktor anda jika anda merasakan bahawa rawatan tidak memberi kesan atau anda mempunyai kesan sampingan yang tidak selesa.
Ubatan Rawatan tergolong dalam 3 kategori:
Krim topikal dan krim salap yang digunakan untuk kulit anda
Fototerapi - kulit anda didedahkan kepada jenis cahaya ultraviolet tertentu
Rawatan sistemik - ubat makan atau diberi secara suntikan yang berfungsi merawat keseluruhan badan
- Anda mungkin mahu membuat pelan penjagaan melalui perjanjian antara anda dan profesional kesihatan anda kerana ini dapat membantu anda menguruskan kesihatan harian anda.
- Tiada suatu ubat psoriasis paling berkesan malah terdapat pelbagai rawatan untuk psoriasis seperti digariskan di bawah.
Rawatan topikal
- Rawatan topikal biasanya digunakan untuk psoriasis yang tidak begitu serius keadaannya. Ini adalah krim dan salap yang disapu pada kawasan yang terjejas.
- Sesetengah orang mendapati bahawa rawatan topikal adalah satu-satunya rawatan yang diperlukan untuk mengawal keadaan kulit mereka, walaupun mungkin mengambil masa sehingga 6 minggu sebelum ada perubahan yang ketara.
- Jika anda mempunyai psoriasis kulit kepala, kombinasi syampu dan salap digalakkan.
Emolien
- Emolien adalah sejenis krim yang berupa pelembap yang disapu pada permukaan kulit untuk mengurangkan kehilangan air dan berfungsi sebagai pelindung. Emolien boleh didapati dalam pelbagai jenama krim psoriasis di farmasi.
Fototerapi
- Fototerapi adalah rawatan untuk psoriasis yang menggunakan sinaran cahaya. Rawatan yang menggunakan sinaran cahaya ini boleh didapati di beberapa hospital dan pusat pakar.
- Fototerapi Ultraviolet B (UVB)
- Setiap sesi hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi anda mungkin perlu pergi ke hospital 2 atau 3 kali seminggu selama 6 hingga 8 minggu.
Terapi cahaya gabungan
- Gabungan rawatan fototerapi dengan rawatan lain boleh meningkatkan keberkesanan rawatan penyakit kulit ini. Kebiasaannya, cara mengobati psoriasis kulit kepala adalah dengan menggunakan syampu tar arang batu.
- Bukan itu sahaja, gabungan fototerapi UVB dengan krim Dithranol juga berkesan. Ini dikenali sebagai rawatan Ingram.
Tablet, kapsul dan suntikan
- Bagi psoriasis yang lebih serius, rawatan sistemik diperlukan- iaitu ubat makan untuk mengawal keadaan kulit. Ubat-ubatan ini sangat berkesan dalam merawat psoriasis, tetapi terdapat juga kesan sampingan dari penggunaan jangka masa panjang. Semua rawatan sistemik untuk psoriasis mempunyai manfaat dan risiko.
- Sebelum memulakan rawatan, berbincanglah dengan doktor anda mengenai pilihan rawatan anda dan sebarang risiko yang berkaitan dengannya.
- Sekiranya anda merancang untuk mengandung atau menyusukan anak, anda juga harus berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat baru untuk memeriksa kesesuaian penggunaan ubat semasa hamil atau menyusu.
- Terdapat 2 jenis rawatan sistemik utama, yang dipanggil bukan biologi (biasanya diberikan sebagai tablet atau kapsul) dan biologi (biasanya diberikan sebagai suntikan).
Ubat bukan biologi
Methotrexate
- Methotrexate adalah sejenis ubat makan yang boleh membantu mengawal psoriasis dengan melambatkan pengeluaran sel-sel kulit dan mengurangkan radang.
Rawatan biologi
- Rawatan biologi membantu mengurangkan radang dan menyasarkan sel-sel yang terlalu aktif dalam sistem imunisasi. Rawatan ini biasanya digunakan untuk pesakit yang menghidapi psoriasis yang teruk dan tiada tindak balas positif terhadap rawatan lain.
Etanercept
Adalimumab
Infliximab
Cara menghilangkan parut psoriasis
- Ia mungkin mustahil untuk menghapuskan semua parut psoriasis sepenuhnya, tetapi terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh didapati untuk mengurangkan keparahan penyakit kulit tersebut.
- Dalam sesetengah kes, tumpuan rawatan adalah untuk merawat luka plak yang sekali gus akan mengurangkan parut.
- Doktor akan memberi preskripsi untuk krim Clobetasol (Temovate, Embeline) sejenis krim kortikosteroid yang boleh membantu mengurangkan kemerahan pada kulit dan mengurangkan bengkak. Krim ini tidak membantu menghilangkan parut tetapi mengurangkan bekas parut baru dan radang plak psoriasis.
- Terapi laser (Excimer laser therapy) adalah prosedur yang tidak menyakitkan. Prosedur ini dijalankan dengan memancarkan cahaya UVB pada parut psoriasis. Laser ini tidak menjejaskan tisu sekeliling yang sihat.
- Selain itu, “Dermabrasion” juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut psoriasis. Prosedur ini menggunakan berus dawai untuk mengeluarkan lapisan atas kulit supaya kulit baru boleh tumbuh.
- Jika anda mempunyai parut yang sangat dalam, pembedahan “punch-graft” boleh membantu.
Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli
Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
18 Aug 2018