Pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan adalah saringan kesihatan bagi pasangan yang akan berkahwin. Ia merangkumi saringan bagi penyakit darah keturunan dan masalah penyakit berjangkit terutamanya jangkitan kelamin. Ujian ini membantu pasangan mengenalpasti potensi masalah kesihatan yang boleh timbul daripada penyakit darah genetik atau penyakit berjangkit yang boleh dihidapi oleh pasangan serta anak mereka pada masa depan jika mereka mahu memulakan hidup berkeluarga.
Masalah penyakit berjangkit yang sering dikaji dalam ujian saringan adalah:• Saringan HIV• Ujian VDRL untuk Sifilis• Ujian HPV bagi wanita (Kit Ujian di Rumah)• Hepatitis A• Hepatitis BPenyakit genetik darah yang diuji di Malaysia adalah:• Thalassaemia• Kumpulan Darah dan Rhesus
Pakej pemeriksaan kesihatan bagi pasangan praperkahwinan merangkumi:1. Pakej Ujian HIV dan VDRL Di Rumah2. Columbia Asia PJ - Pemeriksaan Praperkahwinan (Individu)
Anda perlu membuat tempahan beberapa hari sebelum datang untuk pemeriksaan dan ia bergantung kepada kekosongan slot. Beberapa jenis ujian akan memerlukan anda untuk berpuasa terlebih dahulu dan perkara ini boleh ditanyakan semasa proses tempahan. Sila bawa bersama borang tertentu serta kad pengenalan anda.