Mengetahui status kesihatan anda mengenai jangkitan penyakit kelamin adalah sangat penting untuk hubungan seksual yang sihat dan selamat. Menjalani ujian saringan dapat mengesan jangkitan penyakit kelamin seperti HIV, HPV, dan sifilis supaya ia dapat dirawat pada peringkat awal.
Jangkitan penyakit kelamin yang dikesan melalui pemeriksaan kesihatan seksual adalah :• HIV (Human Immunodefieciency Virus)• Sifilis• HPV (Human Papilloma Virus)Ujian lain yang dijalankan merangkumi :• Ujian Pemeriksaan Darah• Ujian Kumpulan Darah• Profil Buah Pinggang• Ujian Fungsi Hati• Profil Lipid• Ujian Saringan Hepatitis A & B• Analisa air kencing• Ujian Fungsi Tiroid• Saringan Kencing manis• Ujian Faktor Reumatoid
Ujian pemeriksaan kesihatan seksual merangkumi :1. Pakej Ujian HIV dan VDRL Di Rumah2. Kit Pengambilan Sampel Sendiri HPV Berus Evalyn3. Pakej Ujian Hepatitis A dan Hepatitis B Di Rumah4. Columbia Asia PJ - Ujian Saringan Komprehensif (oleh Pakar)5. Columbia Asia PJ - Ujian Saringan Pra-Perkahwinan (Individu)
Pakej pemeriksaan kesihatan seksual yang berbeza memerlukan persiapan yang berlainan. Sebagai contoh, anda mungkin perlu berpuasa sebelum mengambil ujian darah dan sampel air kencing pertama pada waktu pagi mungkin diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan maklumat tempahan semasa temujanji.
Pemeriksaan kesihatan seksual disarankan kepada mereka yang mempunyai hubungan seksual yang aktif dan mereka yang mempunyai sejarah jangkitan penyakit kelamin. Tambahan lagi, mereka yang ingin berkahwin digalakkan untuk mengambil ujian saringan pra-perkahwinan.