Dalam usaha mencapai matlamat hidup anda, anda sentiasa sibuk dan mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga kesihatan anda dengan baik. Dalam kesibukan aktiviti harian anda, anda mungkin tidak menyedari kesihatan anda yang semakin merosot disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan tekanan yang dihadapi setiap hari. Mengapa tidak lakukan pemeriksaan kesihatan yang mudah dan ketahui apa yang berlaku di dalam badan anda. Ujian saringan yang ringkas boleh memberitahu anda pelbagai maklumat tentang status kesihatan anda supaya anda boleh mencegah dan merawat sebarang penyakit pada peringkat awal.
Masalah kesihatan biasa yang perlu dilakukan saringan bagi orang dewasa yang bekerja ialah:• Kolesterol tinggi• Obesiti• Kencing Manis• Darah tinggi• Kanser payudara, kanser serviks pada wanita• Kanser prostat pada lelaki• Kanser kolorektal• Virus Imunodefisiensi Manusia (HIV)• Penyakit kelamin (STD)• Tuberkulosis• Hepatitis B, C
Jenis-jenis pakaj pemeriksaan kesihatan yang tersedia untuk orang dewasa yang berkerja adalah:1. Pakej Ujian Darah Asas Di Rumah2. Pakej Ujian Paras Gula Darah Dan HbA1c Di Rumah3. Pakej Ujian Penanda Kanser Lelaki Dengan PSA Di Rumah4. Pakej Ujian Penanda Kanser Wanita Dengan Ovari (CA125) Dan Payudara (CA 15.3) Di Rumah5. Ujian Antibodi COVID-19
Umur yang disarankan untuk orang dewasa yang bekerja untuk menjalani pemeriksaan kesihatan adalah dari 18 tahun ke atas, untuk kedua-dua jantina.
Ujian yang berbeza memerlukan persiapan yang berbeza. Bergantung pada pakej yang anda ambil, contohnya, beberapa jenis ujian darah mungkin memerlukan anda berpuasa terlebih dahulu. Jangan lupa membawa kad pengenalan dan maklumat tempahan anda semasa ujian.