Apakah jalan penyelesaian yang boleh saya ikuti untuk masalah anak sembelit (Constipated Child)?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani. Suami saya pula berumur 30 tahun dan bekerja sebagai seorang kontraktor. Saya mempunyai seorang anak berusia 4 tahun. Anak saya mengaji di tadika berhampiran dengan rumah saya sahaja. Sejak kebelakangan ini, anak saya sentiasa sakit perut. 

Pada mulanya saya ingat dia mempunyai masalah keracunan makanan tetapi dia tidak mempunyai masalah muntah atau cirit-birit. Dia langsung tidak ke bilik air untuk membuang air. Ini telah berlarutan untuk seminggu dan sakit perutnya pun tidak hilang langsung malah saya juga perasan dia tidak membuang air di rumah. Saya pun pergi ke tadikanya dan bertanyakan kepada guru tadika dan beliau memberitahu saya bahawa anak saya tidak pernah menggunakan tandas di tadika langsung. Hal ini kerana setiap pelajar yang ke tandas di tadika akan diiringi oleh guru dan ianya dikatakan bahawa anak saya tidak ke tandas langsung. 

Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa masalah yang dialami oleh anak saya ini dan apakah cara mengatasi masalah ini? Saya risau anak sembelit.
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani. Suami saya pula berumur 30 tahun da... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih puan atas soalan tersebut.

Terima kasih puan atas soalan tersebut.</p> ... See More

Apakah punca anak sembelit?

Sembelit sememangnya suatu masalah yang kerap terjadi dalam masyarakat kita. Masalah sembelit ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira yang muda mahu pun yang tua. Namun demikian, ramai yang tidak mengetahui punca berlakunya masalah sembelit kepada golongan kanak-kanak atau bayi. Perkara ini tidak harus diabaikan dan harus diselesaikan dengan segera agar kesihatan anak tidak terjejas. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini dan ibu bapa harus mengetahuinya.

  • Punca utama berlakunya masalah sembelit kepada anak ialah kerana mereka menahan dan tidak ke bilik air untuk membuang air besar. Ini berlaku apabila anak kita sedang sibuk bermain dan enggan berhenti bermain bagi membuang air besar. Oleh itu, mereka akan cuba tahan dan tidak memberitahu ibu bapa mereka. Ini jika berlarutan akan menyebabkan najis tersumbat dalam usus besar dan mengeras seterusnya mengakibatkan masalah sembelit.
  • Selain itu, punca lain berlaku masalah sembelit adalah rasa bimbang proses membuang air besar akan menyebabkan kesakitan. Ini berlaku apabila anak kita mengalami masalah najis keras dan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar kerana rasa sakit. Rentetan itu, mereka akan berasa takut serta bimbang untuk ke bilik air untuk membuang air besar dan menahan najis tersebut. Ini jika berlarutan akan mengakibatkan masalah sembelit kerana najis akan mengeras di dalam usus besar.
  • Selain itu, penyebab lain berlakunya masalah sembelit ini adalah kurangnya memakan makanan yang kaya dengan serat. Serat merupakan elemen utama yang membantu melancarkan proses membuang air besar. Sekiranya kandungan serat dalam badan kurang maka ianya akan menyebabkan berlakunya masalah sembelit. Masalah ini juga sekiranya berlarutan akan menjejaskan kesihatan anak dengan lebih teruk.
  • Bayi juga boleh mengalami masalah sembelit. Hal ini kerana ibu tidak memberikan susu kepada bayi mereka dengan kerap. Seperti yang diketahui, susu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Melalui pemberian susu, bayi kita akan mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi serta melancarkan proses membuang air besar. Oleh itu, ibu-ibu haruslah menyusukan bayi mereka secukupnya supaya dapat membuang air besar dengan lancar.

Apakah gejala anak sembelit?

Ibu bapa haruslah mengetahui serba sedikit mengenai gejala masalah sembelit. Hal ini kerana apabila ianya terjadi, ibu bapa tidak perlu panik dan boleh menyelesaikannya. Antara gejala masalah sembelit adalah:

  • Membuang air besar hanya 3 kali dalam seminggu
  • Najis keras
  • Kesakitan apabila membuang air besar
  • Sakit pada bahagian perut
  • Najis bercampur dengan darah

Cara atasi anak sembelit

Setiap masalah pastinya mempunyai jalan penyelesaian. Begitu juga dengan masalah sembelit. Terdapat beberapa petua yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit yang dialami oleh anak anda.

  • Cara utama mengatasi masalah ini adalah dengan memberikan makanan yang kaya dengan serat. Hal ini kerana serat merupakan kandungan utama yang melancarkan proses membuang air besar dengan melembutkan najis dan mencegah kesakitan sewaktu membuang air besar.
  • Selain itu, kanak-kanak selalunya kurang minum air kerana sentiasa sibuk bermain dan mereka tidak suka diganggu. Ibu bapa haruslah memastikan anak mereka minum air secukupnya terutamanya selepas makan supaya dapat membantu melembutkan najis serta melancarkan proses membuang air besar. Meminum air secukupnya dapat mengelakkan masalah lain dari menjejaskan kesihatan anak anda.
  • Di samping itu, ibu bapa juga harus memastikan anak mereka tidak menahan najis dan segera ke bilik air untuk membuang air besar. Ini dapat dilakukan dengan melaksanakan rutin di mana anak anda harus meluangkan masa untuk membuang air besar setiap hari dengan pengawasan ibu bapa.
  • Seterusnya, bayi pula harus disusukan secukupnya supaya sentiasa mendapat mineral dan vitamin yang mencukupi. Ini juga dapat membantu mereka membuang air besar dengan mudah tanpa rasa sakit atau mencegah masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya susu ibu tidak dapat diberikan, sekurang-kurangnya susu formula haruslah diberikan sebagai ganti.

Bilakah anak anda harus jumpa doktor?

Ibu bapa juga harus peka mengenai isu-isu yang melibatkan kesihatan anak kerana hanya mereka sahaja yang dapat membantu memastikan kesihatan anak mereka terjamin. Oleh itu, sekiranya anak mereka didapati mempunyai sebarang simptom yang membimbangkan maka ibu bapa harus membawa mereka bertemu doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda harus membawa anak berjumpa doktor sekiranya anak anda:

  • Demam
  • Muntah
  • Najis mengandungi darah
  • Perut buncit
  • Kurang berat badan
  • Lubang dubur mengalami sebarang kecederaan
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References