Betulkah madu baik untuk bayi (Honey For Babies) dan apa kesan sampingannya?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan baru sahaja melahirkan anak saya yang pertama. Proses melahirkan bayi berjalan dengan sempurna dan tidak mempunyai sebarang komplikasi. Bayi saya juga dilahirkan dengan sihat dan tidak mempunyai masalah kuning. Baru-baru ini saya mendapati anak saya mempunyai kesukaran untuk membuang air besar dan kadang kala tiada langsung proses pembuangan air besar. Saya menceritakan masalah ini kepada jiran saya dan dia menasihati saya memberikan bayi saya madu. Saya tidak tahu mengenai kebaikan madu ini langsung. Bolehkah doktor menceritakan serba sedikit mengenai kebaikan madu untuk bayi?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan baru sahaja melahirkan anak saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Untuk makluman pihak puan sebelum memberikan madu untuk bayi (Honey For Babies)  puan haruslah mengetahui bahawa di dalam madu boleh wujud bakteria yang dinamakan "Clostridium Botulinum". Bakteria ini mempunyai toksin yang boleh mengganggu saraf. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, hal ini jarang menjadi masalah, namun bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah mereka lebih sensitif dan boleh jatuh sakit dengan pengambilan madu ini. Oleh itu, sekiranya bayi puan berusia kurang dari satu tahun, elakkan dari memberi madu kepadanya.

Selain itu, sekiranya puan ingin memberi madu kepada kanak-kanak setahun ke atas, pastikan madu yang diberikan asli dan organik kerana pada masa kini terdapat banyak madu yang dijual di pasaran atas nama organik dan asli tetapi palsu dan mengandungi gula yang tinggi.

Terima kasih puan atas soalan tersebut. Untuk makluman pihak puan sebelum memberikan&nbsp;<strong>madu untuk bayi (Ho... See More

Apakah kegunaan madu untuk bayi

Madu merupakan sejenis bahan semula jadi yang mempunyai pelbagai jenis kebaikan. Khasiat madu ini sememangnya terkenal dari turun temurun terutamanya dalam kalangan wanita. Sukatan madu yang diberikan kepada bayi lebih dari satu tahun haruslah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Madu yang asli dan berkhasiat ini ialah madu yang diambil dari sarang kelulut. Inilah madu yang betul-betul unik dan asli.

Antara kebaikan madu bagi bayi setahun ke atas adalah:

  1. Pertumbuhan rambut yang sihat. Hal ini kerana madu mengandungi zat -zat yang penting bagi memastikan rambut bayi tumbuh dengan cantik dan halus serta kelihatan sihat.

  2. Melembutkan kulit. Kegunaan ini memang tidak dapat dinafikan kerana madu akan membantu membentukkan kulit yang cantik dan berseri. Kulit juga akan berasa lembut sahaja apabila amalan ini dipraktikkan selalu.

  3. Berfungsi sebagai antioksidan. Antioksidan yang diperoleh dari madu ini dapat membantu memastikan tidak berlaku sebarang masalah yang tejadi dalam badan yang disebabkan oleh molekul ‘free radicals’.

  4. Mengandungi mineral yang penting untuk tumbesaran badan. Tumbesaran bayi amatlah penting dan itu merupakan perkara yang selalu dipentingkan oleh ibu bapa. Dengan pemberian madu, tumbesaran setiap bayi akan menjadi lebih efektif serta hasilnya memang memuaskan.

  5. Membantu melegakan batuk. Madu dapat membantu melegakan batu kerana ianya mengandungi ramuan yang akan mengurangkan irritasi yang boleh membantu mencegah masalah batuk ini.

  6. Menghilangkan lendiran di kerongkong. Lendiran di kerongkong sememangnya sesuatu yang sangat memudaratkan. Ia dapat dibantu dengan memberikan bayi madu ini supaya lendiran tersebut dapat dikurangkan dan ianya tidak menyebabkan bayi menangis selalu.

  7. Mencairkan kahak yang pekat. Kahak yang pekat bagi bayi ini selalunya sesuatu yang membimbangkan kerana ia boleh mengakibatkannya menjadi tersumbat dan bayi mengalami masalah sukar bernafas. Dengan pemberian madu, kahak pekat dapat dicairkan dan tiada masalah pernafasan yang akan berlaku.

  8. Berfungsi sebagai ‘laxatives’. Bayi yang mengalami masalah sembelit dapat dibantu dengan pemberian madu kerana ia akan membantu melembutkan najis dan mengeluarkannya dengan lancar tanpa sebarang masalah.

  9. Perkembangan otak yang mantap. Perkembangan otak sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Hal ini kerana ianya merupakan organ terpenting dalam badan. Berikutan pemberian madu, IQ anak akan dapat dibaikkan dan sekali gus dapat memantapkan perkembangan otak.

  10. Kuatkan sistem imun bayi. Madu mengandungi vitamin C dan ini merupakan sumber utama untuk mencipta sistem imun yang kebal. Sememangnya dalam hal ini madu dapat membantu dan menghindari sebarang jangkitan.

Apakah kesan sampingan madu untuk bayi

Kesan sampingan yang paling utama boleh menyerang bayi akibat pengambilan madu ini ialah akibat bakteria ‘Clostridium botulinum’.

‘Clostridium botulinum’ ini merupakan sebuah masalah yang serius dalam kalangan bayi. Sindrom ini juga dipanggil sebagai ‘infant botulism’. Masalah ini menjadi serius apabila spora daripada ‘Clostridium’ ini tumbuh dalam badan bayi tersebut dan menjejaskan lagi kesihatannya dengan lebih serius.

Gejala bayi diserang bakteria ‘Clostridium botulinum’?

  • Keupayaan menghisap susu dari puting berkurangan
  • Otot tangan dan kaki menjadi lemah
  • Sembelit
  • Reaksi muka berkurangan
  • Sukar bernafas
  • Tiada selera makan atau minum susu
  • Teriakan menjadi lemah
  • Susah untuk menelan
  • Leher menjadi lemah sehingga tidak dapat menyokong berat kepala

Apakah kandungan madu

Kandungan utama madu ialah glukosa dan fruktosa. Namun demikian, ia juga mengandungi bahan-bahan alami yang lain seperti vitamin C, ‘chrysin’, ‘pinobanksin’, ‘catalase’ dan ‘pinocembrin’. Selain itu, madu juga mempunyai kuantiti air yang sangat sedikit.

Hasil madu untuk bayi

Terdapat banyak testimoni yang telah diberikan oleh para ibu yang telah mencuba petua memberikan madu kepada bayi. Kebanyakkan mereka telah melihat pelbagai hasil positif dalam pemberian madu ini. Antara hasil positif yang telah berjaya diperolehi melalui pemberian madu untuk bayi ialah seperti:

  1. Bayi dapat membuang air besar dengan lancar.  Hal ini kerana madu mempunyai ramuan semula jadi yang akan membantu melembutkan najis supaya ia dapat dikeluarkan dengan lancar dan tidak akan mempunyai sebarang kecederaan

  2. Perkembangan minda yang cerdas. Madu akan dapat membantu melatih otak bayi apabila membesar. Apabila semakin membesar mereka akan mempunyai keupayaan untuk melatih otak mereka untuk menjadi lebih memberangsangkan.

  3. Tiada lagi masalah cepat sakit. Hal ini kerana madu akan membantu membina sistem imun untuk menjadi lebih kuat. Oleh itu, bayi tersebut akan mempunyai kekuatan imun yang sempurna serta tidak cepat mendapat sebarang penyakit seperti demam atau selsema.

Diingatkan sekali lagi, walaupun madu mempunyai banyak kebaikan dan khasiat, haruslah dielakkan daripada diberikan kepada bayi berusia setahun ke bawah. Anda juga bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References