Kemahiran Motor kasar merupakan perkembangan pergerakan badan dan kemahiran menggunakan otot-otot besar pada badan seperti berjalan, berdiri dan sebagainya. Kemahiran ini penting kerana ia membantu membolehkan manusia menjalani aktiviti seharian. Sebagai ibu-bapa, hal yang berkenaan dengan perkembangan anak sememangnya menjadi suatu yang amat penting dan perlu untuk dititikberatkan. Adakah anak anda telah sampai masa untuk duduk, berjalan, berdiri dan sebagainya? Soalan ini pasti terngiang-ngiang di fikiran anda. Sebelum kerisauan ini menyelubungi hidup anda, anda perlu membaca panduan yang kami ulas dalam artikel ini. Anda harus selalu membuat perbandingan dengan bayi sebaya anak anda. Apakah kemahiran motor kasar yang sesuai dengan usia bayi anda? Periksa senarai dibawah tentang perkembangan kemahiran tersebut.
Kenali Perkembangan Bayi 4 Bulan Anda Sebagai Panduan Untuk Anda
Apakah Perkembangan Bayi 4 Bulan Secara Kemahiran Motor Kasar?
Apakah Perkembangan Bayi 4 Bulan Secara Kemahiran Motor Halus?
Kemahiran motor halus ialah pergerakan kompleks dengan menggunakan jari jemari dan tangan yang memerlukan koordinasi yang tinggi. Kanak-kanak mula menggunakan tangan mereka untuk menerokai dunia di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kemahiran ini membolehkan kanak-kanak menggunakan pensel untuk menulis, menaik, mengancing butang dan sebagainya. Kemahiran ini dikatakan mula berkembang selepas badan bayi menjadi stabil dan seluruh badan boleh digerakkan. Jadi, pada usia 4 bulan seperti anak anda, apakah kemahiran motor halus yang boleh anak anda laksanakan? Anda perlu tahu tentang kemahiran motor halus yang sesuai dengan bayi berusia 4 bulan.
- Membawa tangan ke mulut dan menghisap tangan
- Melihat dan menggerakkan kepala ke arah bunyi dan mainan atau barangan yang berwarna cerah
Apakah Perkembangan Bayi 4 Bulan Secara Kemahiran Bahasa dan Pertuturan?
Perkembangan bahasa ini merupakan perkembangan kritikal bagi kanak-kanak untuk memahami perasaan orang sekeliling, meluahkan perasaan mereka dan berkomunikasi. Perkembangan ini juga merupakan perkembangan penting bagi membantu kanak-kanak menguasai kemahiran menulis dan membaca. Perkembangan bahasa bayi 4 bulan berbeza dengan perkembangan bayi 3 bulan, bayi 5 bulan. Oleh itu, bandingkan dengan bayi seusia dengan anak anda. Antara perkembangan bahasa dan pertuturan pada bayi berusia 4 bulan ialah:
- Mempunyai kebolehan mengubah bentuk mulut untuk menghasilkan pelbagai bunyi
- Mericau semasa bayi turut dikenali sebagai ‘babbling’
- Gelak dengan kuat
Apakah Perkembangan Bayi 4 Bulan Secara Sosial?
Kemahiran ini amat penting bagi membentuk keperibadian kanak-kanak pada masa hadapan. Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah terdapat kemahiran sosial bagi bayi 4 bulan? Jawapannya ialah ya. Perkembangan Bayi 4 bulan secara sosial adalah sama tanpa mengira rantau atau benua. Perkembangan bayi 4 bulankebiasaannya:
- Tergelak apabila melihat diri sendiri pada cermin
- Membalas senyuman apabila orang dewasa senyum padanya
- Mula memberi tindak balas pada interaksi
Apakah Tips Membantu Perkembangan Bayi 4 Bulan?
Kadangkala, bayi memerlukan stimulasi untuk merangsang perkembangan minda mereka. Memandangkan anda risau tentang kemahiran sosial anak anda, anda boleh menjalankan langkah pelbagai langkah. Antara stimulasi bayi 4 bulan ialah:
- Kerap bercakap dengan bayi anda
- Kerap menyanyikan lagu kanak-kanak kepada anak anda
- Bercerita kepada bayi anda
- Bermain ‘cak-cak’ dengan bayi anda
- Cuba untuk memegang mainan bayi 4 bulan
- Menggoyangkan kaki bayi anda
- Memanggil nama panggilan bayi anda
- Bercakap tentang apa yang anda sedang lakukan
- Menyahut bunyi-bunyian yang anak anda lakukan
Jika anda sudah menjalankan langkah-langkah diatas, namun anak anda masih tidak menunjukkan perkembangan yang sejajar dengan perkembangan bayi 4 bulan yang lain, anda disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pakar perkembangan kanak-kanak.