Kenali Sebab Suhu Badan Bayi Tinggi & Cara Kurangkannya

Suhu Demam Bayi.  Bacaan Tinggi Badan Menggunakan Termometer- DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Nama Saya Masyitah. Saya ibu kepada 3 orang anak. Sejak semalam anak bongsu saya demam.Usianya 11 bulan. Mulanya 38.0, kemudian suhu berubah menjadi 38.2. Saya ada berikan sirap paracetamol dan saya dapati ia berkesan kerana suhu anak saya menjadi 37.5. Namun, pagi ini saya dapati anak saya kembali demam. Demamnya telah menjadi 38.8 pula. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah saya harus membawanya ke klinik atau merawatnya dirumah memandangkan ubat sirap tersebut berkesan? Sekarang anak saya kerap tidur dan kurang selera makan. Saya agak risau kerana dia sudah tidak aktif daripada biasa. Mohon doktor jelaskan kepada saya ye. Terima Kasih.
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Nama Saya Masyitah. Saya ibu kepada 3 orang anak. Sejak semalam anak bongsu saya demam.Usianya 1... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala demam yang anak anda alami. Mendengar keluhan anda, saya rasakan anda harus membawa anak segera berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, anak anda sudah tidak begitu aktif, kurang selera makan, dan kerap tidur sahaja, saya sarankan anda pergi mengunjungi klinik atau hospital berdekatan. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab demam pada bayi. Oleh itu, lebih elok jika anda mengenalpasti punca sebenar dan memberi rawatan yang bersesuaian kepada anak anda.
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall. Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala dem... See More

Apakah Suhu Demam Bayi?

Jika anak anda demam, adakah suhu badannya akan memiliki suhu demam yang sama dengan orang dewasa? Jawapannya, tidak. Suhu demam bayi ialah 38.0 dan keatas. Apabila bayi mencapai suhu 39.0, ia dikatakan tinggi sehingga memerlukan rawatan di wad. Oleh itu, amat penting bagi anda mengenalpasti suhu demam bayi agar anda tidak tunggu sehingga suhu sudah mencecah 40 darjah selsius baru anda mendapatkan konsultasi doktor. Bagi orang dewasa, suhu demam ialah 37.5 darjah selsius dan keatas. Jelas kita lihat suhu demam antara orang dewasa dan bayi amat berbeza. Apabila kanak-kanak mencapai 12 tahun, barulah suhu demamnya sama seperti suhu demam orang dewasa. 

Sebenarnya, jangan tunggu sehingga bayi demam panas untuk berjumpa dengan doktor. Jika anda lihat anak anda tidak lagi aktif seperti biasa, kerap tidur, kurang selera makan dan minum, kurang membuang air besar dan kecil, saya sarankan anda segera mendapatkan bantuan daripada doktor di klinik atau hospital. Hal ini kerana, kemungkinan bayi anda sedang mengalami jangkitan yang bersifat sistemik itu ada. Selain itu, anda perlu lihat jika badan anak anda mempunyai ruam merah seperti darah yang tidak hilang walaupun ditekan dengan gelas, hal ini menunjukkan anak anda mengalami jangkitan yang sangat serius.

Mengapakah Bayi Demam?

Jangan terkejut kerana terdapat pelbagai sebab bayi anda boleh demam. Demam merupakan tindak balas normal badan untuk melawan kuman atau organisme lain yang menjangkiti badan. Apabila suhu badan panas akibat keradangan yang berlaku, ini menunjukkan badan mempunyai kebolehan untuk melawan organisme jahat ini. Maka, jangan risau jika anak anda demam, tetapi risau jika mereka mempunyai tanda-tanda lain demam yang teruk seperti tidak aktif, kurang selera makan, kerap menangis dan sebagainya. Jadi, apakah penyebab bayi demam?

  • Jangkitan Meningococcal
  • Jangkitan virus Influenza
  • Jangkitan Common Cold
  • Jangkitan Dalaman Telinga
  • Jangkitan virus Croup
  • Jangkitan Paru-paru
  • Jangkitan Virus pada Tekak

Apakah Cara Yang Tepat Untuk Mengukur Suhu Demam Bayi?

Anda pergi ke farmasi dan rambang mata dengan pelbagai jenis termometer yang ada, Anda mula keliru yang manakah anda perlu beli. Adakah yang paling murah, atau paling cantik, atau paling berteknologi tinggi? Jawapannya tidak. Pertama sekali, pilih termometer digital dan bukannya jenis merkuri, Hal ini kerana, termometer merkuri boleh menyebabkan risiko masalah kesihatan kepada bayi anda. Termometer digital mudah dan cepat digunakan. Ia juga memberi keputusan yang lebih tepat berbanding termometer jenis lain. 

Jadi, dimanakah anda harus mengukur suhu badan bayi anda? Terdapat 3 cara untuk mengukur suhu badan bayi anda. 

  • Rektum

Untuk keputusan yang paling tepat, cara ini ialah cara yang terbaik. Masukkan hujung termometer digital pada bahagian rektum. Bahagian ini menunjukkan suhu yang paling dekat dengan suhu dalam badan bayi. Namun, cara ini juga amat berisiko kerana jika bayi anda tidak duduk diam, anda boleh menembusi bahagian rektum tersebut dan rawatannya, jika lubang tersebut besar, mungkin anak anda akan dibawa ke dewan pembedahan. 

  • Dahi

Cara ini juga agak tepat kerana termometer dapat mengira suhu darah di bahagian temporal bayi. Cara ini lebih mudah dan selesa kepada bayi anda. 

  • Ketiak

Cara ini merupakan cara pertama untuk menilai suhu demam bayi anda. Jika anak anda didapati demam dengan cara ini, penilaian menggunakan suhu rektum atau dahi akan dijalankan untuk mengesahkan bahawa anak anda sedang demam.

Bagaimanakah Merawat Bayi Yang Demam Di Rumah?

Jika anak anda demam yang tidak begitu tinggi, anda boleh merawatnya di rumah lebih-lebih lagi jika anak anda masih aktif, berselera untuk makan dan seperti normal. Anda juga boleh melakukan perkara ini sementara menunggu keesokan harinya untuk membawa bayi anda ke klinik. 

  • Beri ubat demam

Jika anak anda lebih daripada 3 bulan, ubat ini selamat diberikan. Namun, anda perlu tahu berat bayi anda untuk mengira sukatan dos ubat yang diperlukan. 

  • Menyalin atau membetulkan pakaian bayi anda

Gunakan pakaian yang nipis dan selimut yang nipis untuk membenarkan wap panas bayi anda dilepaskan ke udara. Pemakaian yang tebal akan menyebabkan wap panas kekal pada badan bayi anda.

  • Kurangkan suhu bilik

Anda boleh memasang kipas untuk memberi perudaraan yang baik, membuka tingkap dan memasang penghawa dingin. Namun, pastikan anak anda tidak menggigil kesejukan. 

  • Mandikan anak anda dengan air suam

Tuamkan badan anak anda dengan air suam. Jangan gunakan air yang sejuk kerana dikhuatiri badan akan bertindak balas dengan menaikkan suhu demam anak anda. Kemudian, pakaikan pakaian yang longgar, ringan dan nipis.

  • Beri air yang mencukupi kepada bayi anda jika bayi anda sudah boleh minum air

Jangan biarkan anak anda mengalami dehidrasi. Lihat tanda-tanda kehilangan air daripada badan sewaktu demam seperti bibir kering, mata tenggelam, kulit kering dan kurang elastik. Bagi bayi yang masih menyusu, berikan susu mengikut kesesuaian anak anda.

Apakah Rawatan Perubatan Bayi Demam?

Rawatan ini akan diberikan di klinik oleh doktor. Mengikut jenis jangkitan yang anak anda hadapi, ubat bersesuaian akan diberikan. Misalnya, antibiotik bagi jangkitan kuman, antivirus bagi jangkitan virus seperti Influenza, penyedut gas oksigen, steroid atau adrenalin akan diberikan jika bayi mengalami viral croup.