
Sulit
4 tahun
Adakah susu lembu & susu soya menyebabkan period terganggu
Benarkah consume susu lembu & susu soya terlalu banyak boleh menyebabkan period terganggu dan mengurangkan tempoh hari period ???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, setakat ini, belum ada hubungan yang jelas antara pengambilan susu lembu dan susu soya terhadap pengurangan tempoh haid. Bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan hubungan antara peningkatan pengambilan produk tenusu dengan penurunan hormon estradiol, hormon wanita. Soya pula mengurangkan pengeluaran hormon yang berkaitan dengan ovulasi dan oleh itu melambatkan haid, dan juga mempengaruhi ovulasi seorang wanita. Namun begitu, lebih banyak kajian dicadangkan untuk dijalankan bagi meneruskan penelitian ini.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Haid yang terganggu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat lanjut dan pemeriksaan tertentu adalah diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!