
christopherayut
5 tahun
Datang haid 2 minggu adakah normal
19/6 waktu pagi saya ada pendarahan stitik dua titik shaja mula2 sya ingat saya akan period…trus saya pkai pad…ttapi wktu tgh hari n mlm takda pn darah haid yg keluar…Sampai 6 pagi juga sma juga.Lepas tu keesokan hari saya dtang balik mcm tu…pg ada mlm takda…mlm ada pg takda…one week mcm tu…26/6 drah sya keluar bnyak…one day pkai pad 32cm 3 pad one day n strusnya…sampai hari nie 10/7 drah haid tu msih ada…boleh bagitau sya…adakah ia normal ataupn ada masalah tetentu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid yang dihadapi. Kadangkala kitaran haid yang normal untuk setiap wanita adalah berbeza. Untuk makluman pihak anda,masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah;
- kegagalan ovulasi akibat disfungsi ovari yang tidak berjaya melepaskan telur ketika kitaran haid tersebut.
- Fibroid: Ia merupakan ketumbuhan bukan kanser di dinding rahim berotot yang boleh menyebabkan gejala seperti pendarahan berat dan kesakitan perut bawah.
- Polyp: Ia merupakan ketumbuhan bukan kanser pada lapisan rahim dan ia menjejaskan wanita yang lebih tua.
- Adenomyosis: Ia berlaku apabila tisu lapisan rahim tertanam di dalam otot rahim. Sindrom ovari polisistik (PCOS): Ovari mengalami disfungsi sehingga ia menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan pendarahan haid yang berat.
- Penyakit radang pelvis (Pelvic Inflammatory Disease): Ia merujuk kepada jangkitan saluran organ reproduktif seperti rahim, tiub fallopian atau ovari yang boleh menyebabkan kesakitan pelvis atau abdomen, pendarahan selepas seks, pendarahan haid yang tidak teratur, discaj dari faraj dan demam panas.
- Endometriosis: Keadaan ini terjadi akibat tisu dari lapisan rahim yang dijumpai di luar rahim.
- Kanser rahim atau serviks: Gejala yang paling biasa berlaku adalah pendarahan dari faraj yang tidak normal, terutamanya selepas menopaus.
Masalah kesihatan yang lain juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga menjejaskan pendarahan haid. Contoh-contohnya termasuk:
- Gangguan pembekuan darah seperti penyakit Von Willebrand
- Hipotiroidisme: Kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan serta gejala lain seperti keletihan, peningkatan berat badan dan kemurungan.
- Diabetes
Ubat-ubatan yang digunakan juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan haid. Contoh-contohnya termasuk:
- Alat kontraseptif dalam rahim (IUD): Ia boleh memanjangkan tempoh pendarahan haid atau menyebabkan pendarahan yang lebih berat terutamanya ketika 3 hingga 6 bulan pertama selepas ia dipasangkan.
- Ubat antikoagulan
- Ubat untuk kemoterapi
- Suplemen herba: Ubat-ubat ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan kebolehan badan untuk membeku darah. Contoh-contoh herba termasuk ginseng, ginkgo dan soya.
Kami juga perlu mengetahui beberapa soalan lanjut seperti
- umur puan?
- adakah ini pertama kali berlaku?
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.