Sulit
8 bulan
Apakah simptom awal demam denggi?
Assalamualaikum doktor. Baru-baru ni saya dengar di berita yang kes denggi di Malaysia tahun ni paling tinggi. Boleh saya tahu apakah simptom awal untu penyakit demam denggi ni?
6 bulan
Selamat sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Simptom awal demam denggi termasuk demam panas yang tiba-tiba, sakit kepala yang teruk, sakit otot dan sendi, badan lemah, rasa letih, ruam pada kulit, sakit belakang, serta kesakitan di belakang mata.
Jika seseorang mengalami sebarang gejala yang mencurigakan demam denggi, penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.
Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksin Qdenga di Malaysia, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.