Anonymous
2 tahun
Keputihan ada darah sedikit dan juga kenkdang warna coklat
Assalammualaikum doktor, saya masih belajar berumur 21 tahun .sejak bermula puasa ada keluaran cecair kputihan bersama darah dan kadang kala warna coklat .and sekejap ada and knkdg tkde selepas itu ada semula .sakit smua tiada .tanda period pun tiada . Cuma saya hairan kenapa sebegitu dan juga ia keluar hnya sedikit setiap kali saya buang air. Dan juga saya punya kitaran haid juga tidak teratur sejak dri skolah lagi tpi seriap kali haid meamng tempohnya seperti biase dalam 7hari macamtu. So pertanyaan saya apakah sebab nyaa yaa seperti pertanyaan saya diatas ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sedikit. Masalah ini boleh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon atau masalah pada struktur organ seperti faraj, cerviks dan rahim.
Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.