Cintaistikharah19
5 tahun
Kitaran haid tidak teratur
Saya mengalami masalah haid yang datang tak menentu terkadang dua bulan sekali namun yang menjadi kerisauan adalah apabila haid datang meskipun bulan yang ketiga Tapi sedikit sangat jumlah harinya adalah tiga hari apakah masalah yang saya alami saya juga mungkin mengalami keputihan yang menyebabkan Saya rasa penat
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan saya mendapat pemahaman bahawa anda sedang menagalami haid yang tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.