Sulit
3 tahun
Kutu rambut di kepala yang berambut panjang dan apakah ubat yang sesuai untuk digunakan bagi mematikan atau memghilangkan kutu dikepala
saya wanita berumur 22tahun, saya mengalami masalah kutu rambut. betul ke pakai minyak zaitun boleh matikan kutu ? rambut saya panjang. adakah rambut panjang penyebab kutu rambut hinggap di kepala ? boleh ke saya pakai minyak zaitun sahaja utk matikan kutu ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui sekiranya rambut panjang boleh menyebabkan kutu hinggap di kepala. Anda juga ingin mengetahui langkah yang terbaik untuk mematikan kutu. Kami akan cuba untuk membentu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kutu pada rambut seseorang, antaranya termasuk
- jangkitan kutu secara langsung dari individu, barang atau pakaian yang mempunyai kutu
- penjagaan kebersihan diri yang kurang (personal hygiene)
- persekitaran yang kotor
Tambahan lagi individu yang mempunyai gangguan kutu yang tidak dirawat boleh menyebabkan gejala yang serius seperti:
- kegatalan yang teramat
- luka di kepala akibat sering garu kepala
- jangkitan kuman di kepala
Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut tentang gejala yang anda alami serta langkah yang selanjutnya yang perlu diambil, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda, atau merujuk ke doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar kulit.