Sulit
3 tahun
Kutu saya melekat di kepala sejak kecil lagi , saya pun dah taktahu nak buat cara apa lagi , saya taktahan takboleh fokus belajar
saya ada kutu sejak berumur 6 tahun , sehingga sekarang ,banyak cara dah cuba tetapi masih ada , dan pakai ubat kutu , syampu , carik pun sama je
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui tentang langkah yang terbaik untuk mengatasi gejala kutu yang dialami sejak umur 6, sehingga mengganggu fokus anda untuk belajar. Kami akan cuba untuk membentu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kutu rambut kekal pada seseorang, antaranya termasuk
- jangkitan kutu secara langsung dari individu, barang atau pakaian yang mempunyai kutu
- penjagaan kebersihan diri yang kurang (personal hygiene)
- persekitaran yang kotor
- rawatan yang tidak sempurna
Umumnya selain dari menyikat dan mencuci rambut, serta mencegah faktor risiko penyebaran kutu, antara kaedah yang paling berkesan adalah dengan mendapatkan ubat-ubatan yang khusus dan memerlukan preskripsi doktor.
Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut tentang gejala yang anda alami serta langkah yang selanjutnya yang perlu diambil, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda, atau merujuk ke doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar kulit.