Sulit
2 tahun
Period semula selepas seminggu habis period
Saya wanita berusia 42 tahun dan masih belum berkahwin.seminggu yang lepas,saya baru sahaja habis waktu period.akan tetapi period itu datang kembali selepas seminggu.adakah ini normal?apakah penyebab jadi begitu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur atau haid yang datang lebih awal lengkap kitaran haid normal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Perubahan jadual waktu harian yang lebih sibuk
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
Gejala haid tidak teratur ini kadangkala merupakan perkara yang biasa dialami oleh 50% segolongan wanita yang sihat. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan dan jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Pendarahan yang terlalu kerap dan banyak
- Sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
- Rasa ketulan pada kawasan rahim dan ovari
- Keletihan dan tidak bermaya
- Penurunan berat badan yang mendadak
- Kurang selera makan
- Menggigil atau berpeluh malam, serta kemerahan pada muka
- Kegatalan atau keputihan pada kawasan faraj
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.