Anonymous
5 tahun
Perlu mengambil injection ATT
Perlukah saya mengambil injection ATT selepas terpijak stapler 3 hari lalu?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya anda ada menerima suntikan tambahan atau “booster” dalam tempoh 10 tahun lepas, anda tidak perlu menerima suntikan tambahan lagi. Sekiranya luka yang anda alami adalah luka terbuka dan besar serta stapler yang anda pijak itu dikhuatiri kotor, maka anda boleh pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat mengenai pemberian suntikan tambahan ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.