allynda12
2 tahun
Suntikan depo bengkak punggung
Hiii selamat pg … sy nk tnya sy ambil suntikan depo 3 buln sekali…kli pertama xda masalah…sy stop 6 bulan x ambil…means 2x…baru2 ni sy ambil suntikan depo…seminggu xda apa2 effect…bila dh masuk minggu ketiga bahagian suntik bengkak keras and rasa gatal…dan dh 2 mlm rs badan menggigil…kenapa yer…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan bahagian bekas suntikan tersebut mengalami radang atau jangkitan. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan bahagian tersebut haruslah dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan yang tepat.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.