anizarina
4 tahun
Saiz fibroid yang bahaya
Boleh saya tahu, saiz fibroid yang bagaimana baru dikira bahaya? Adakah selagi ianya tidak mengganggu apa-apa, selagi tu ianya dikira selamat atau 5cm ke atas dikira besar. Saya mempunyai 7cm fibroid, & 2 cyst bersaiz dalam 5cm. Adakah ianya dalam category kecil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Saya tidak dapat memberi kesimpulan tentang bahaya kah fibroid ouan itu kerana maklumat lanjut adalah diperlukan . Selalunya fibroid tidak menimbulkan apa-apa masalah sekiranya ia dikesan dengan ketumbuhan yang kecil, dan ia tidak memerlukan apa-apa rawatan. Biasanya fibroid akan mengecut dengan sendiri apabila seorang wanita itu mengalami menopos.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.