ssenyum099
4 tahun
Mengandung dan ada fibroid
Salam. Saya berusia 29tahun. Hamil anak pertama. Ada fibroid bersama ank dalam kandungan saya… last jumpa pakar fibroid sy besar dan mengeras sebesar 20cm. Kandungan berusia 12minggu. Tapi skrg berusia 14minggu… saya sangat risaukan ank dlm kandungan saya. Permakanan apa yg perlu saya amalkan. Dan adakah normal sy kurang merasakan pergerakan janin dalam kandungan seusia 14minggu??
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya ingin ucapkan tahniah atas kehamilan terlebih dahulu dan saya ingin menegaskan bahawa kehamilan dengan fibroid adalah satu kehamilan yang agak berisiko dan segala rawatan untuk fibroid adalah harus diberikan oleh pihak hospital. Jikalau anda rasa pergerakan bayi berkurang sila ke hospital secepat yang mungkin untuk rawatan yang selanjutnya.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih