Sulit
2 tahun
Sakit kepala berpanjangan, sakit tekak
Saya wanita berumur 23 tahun, baru² ini saya telah menjalankan covid test dimana keputusan pertama rtk ada samar dua garis tetapi bila di check kali ke 2 dan 3 keputusan -ve. Saya mengalami sakit kepala berpanjangan dan badan panas waktu malam, tekak sakit setiap kali bangun pagi. Anak tekak gatal pada waktu malam dan menyebabkan batuk. Adakah saya covid atau sebaliknya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Saya mencadangkan anda untuk membuat ujian Covid RT-PCR kerana ianya adalah ujian diagnostik bagi Covid.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Persoalan anda tentang sakit kepala berpanjangan, badan panas pada waktu malam serta sakit tekak pada waktu pagi mungkin mempunyai beberapa faktor.Antaranya adalah:
- Dehidrasi
- Jangkitan seperti bakteria dan virus
- Radang pada anggota badan tertentu
- Tuberkulosis(Batuk kering)
- Jangkitan COVID-19
- Selepas vaksinasi (gejala ini akan reda selepas beberapa hari dan adalah normal)
- Heat stroke
- Kesan sampingan ubat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini