
Sulit
3 tahun
Saliva test covid berubah daripada negatif ke positif
Hi, tengah hari tadi saya ada buat saliva covid test.Results saya selepas 15 minit hingga 1 jam dapat -ve tapi saya try check balik pada waktu malam results saya bertukar +ve. 2 hari lepas saya dah try buat saliva test dan results nya sama macam saya buat harini. Adakah bermaksud saya positif atau tak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda. setiap-alat saringan covid 19 mempunyai jangka waktu tertentu untuk melakukan ujian dan membaca hasil ujian tersebut mengikut masing-masing produk. Anda hendaklah membaca tentang cara-cara melakukan ujian tersebut yang terdapat pada kotak test kit covid 19 tersebut. Hal ini adalah kerana jika anda membaca hasil ujian tersebut melebihi daripada tempoh waktu yang ditetapkan, bacaan hasil ujian tersebut akan menjadi berbeza
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini