Sulit
2 tahun
Test kit positif samar samar
Selamat tengahrii, suami saya positif covid pada 4hari lepas dengan menggunakan test kit. Kami telah bersama sebelum beliau melakukan ujian tersebut. Dua hari lepas saya mengalami simptom2 seperti batuk, kurang selera makan dan pening kepala. Saya telah melakukan ujian sendiri pada hari kedua dan mendapati saya negetif. Saya telah ulang semula pada hari ketiga waktu pagi setelah bangun tidur dan masih negetif. Seterusnya saya melakukan ujian tersebut pada waktu petang lebih kurang pada pukul 7 mendapati ujian tersebut seperti dua garis tetapi samar samar pada bahgian T . Saya telah melakukan semula pada hari ini , setelah bangun tidur dan mendapati keputusan saya negetif . Saya ingin tahu adakah saya positif atau negetif? Perlukah saya melakukan swab di klnik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, WHO telah menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Justeru saya menyarankan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan.
Namun sila segera ke klinik atau hospital sekiranya anda mengalami
- sesak nafas yang berat secara tiba-tiba
- demam panas atau peningkatan suhu tubuh yang mendadak
- penurunan kesedaran secara tiba-tiba
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah dan patuhi SOP PKP dan pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini