Anonymous
2 tahun
Tulang jawline tidak berada dalam kedudukan yang betul pada sebelah muka
saya wanita yang berumur 25 tahun. Tulang jawline saya sebalah kanan seperti terkeluar dari kedudukan asal. saya mendapat muka saye kelihatan senget sebelah dan apabila saya cuba membuka mulut dengan agak luas pasti akan rasa tersangkut. apa yang perlu saya buat doktor untuk pastiakn bentuk muka saya kembali normal.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kedudukan tulang rahang anda mungkin telah terkeluar dari kedudukan asal dan ini menyebabkan anda tidak dapat membuka mulut. Namun begitu, saya tidak dapat membuat kesimpulan tanpa pemeriksaan. Sila kunjungi klinik atau hospital terdekat bagi mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang betul. Sekiranya tulang rahang anda benar-benar terkeluar, anda mungkin memerlukan khidmat doktor di unit kecemasan atau pakar tulang untuk membetulkannya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.