ainajdah99
2 tahun
Sakit di bahagian tulang pipi
Saya wanita 20’an, saya mendapati pipi saya membengkak, sukar untuk saya membuka mulut dngn luas dan juga sukar untuk saya menelan air liur atau sakit semasa menghasilkan air liur, ianya juga sakit apabila saya menyentuh dibawah pipi ini. perkara ini telah berlanjutan selama beberapa hari dan saya tidak pasti sama ada ianya disebabkan gusi ataupun beguk atau penyakit lain
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dibahagian pipi anda boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid
- Saluran kalenjar parotid tesrumbat
- Bengkak gusi - akibat jangkitan kuman
- Bengkak nod limfa
- Sindrom TMJ
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.