prema

6 tahun

Faraj terasa gatal macam ada kulat

Hi saya berumur 24 tahun belum berkahwin saya mengalami kegatalan yang amat sangat bahagian faraj dan ada cecair warna putih pekat dan tidak berbau. Adakah saya terkena jangkitan kulat? Dan bagaimana cara penyelesaian nya?

Dr Ilias,

5 tahun

Salam Sejahtera! Terima kasih untuk soalan anda.

Jangkitan kulat di faraj adalah jangkitan yis biasa atau dikenali sebagai Candida yang memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Ia biasanya tidak berbahaya tetapi ia boleh menjadi tidak selesa dan terus kembali. Untuk pengetahuan anda, ia tidak diklasifikasikan sebagai jangkitan seksual (STI). Para saintis menganggarkan bahawa kira-kira 20% wanita biasanya mempunyai Candida di dalam vagina tanpa sebarang simptom.

Rawatan jangkitan kulat faraj biasanya menggunakan ubat antikulat. Ubat in terdapat dalam pelbagai bentuk seperti ubat makan, ubat yang anda masukkan ke dalam vagina anda (pessary) atau krim untuk melegakan kerengsaan. Jangkitan kulit faraj biasanya akan elok dalam masa seminggu, selepas 1 dos ubat atau menggunakan krim setiap hari.

Pemakaian seluar dalam yang dibuat daripada kapas boleh membantu mengurangkan kemungkinan mendapat jangkitan yis. Pengambilan ubat antibiotik untuk tempoh yang berlarutan juga boleh menyebabkan jangkitan kulat faraj. Anda dinasihati untuk mengambil ubat antibiotik hanya apabila diperlukan dan betul-betul seperti apa yang doktor anda memberitahu anda.

Saya berharap penjelasan ini membantu anda. Sekian, terima kasih…

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, terima kasih kerana bertanya.

Kegatalan pada bahagian faraj berserta dengan cecair yang keluar boleh menandakan banyak perkara. Salah satunya adalah jangkitan kulat. Namun, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku seperti penyakit Bacterial vaginosis. Kedua-dua jangkitan kulat dan Bacterial vaginosis boleh berlaku disebabkan oleh telalu kerap membersihkan faraj atau dikenali sebagai (Vaginal douching).

Penggunaan ubat-ubatan seperti antibiotik yang berlebihan juga akan mengganggu keseimbangan bakteria di dalam faraj kerana sesetengah bakteria-bakteria yang menghasilkan berada di dalam faraj tersebut akan mati dan penghasilan cecair yang mengekalkan asiditi di dalam faraj akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan keadaan di dalam faraj menjadi sesuai untuk organisma-organisma lain seperti Trichomonas vaginalis untuk berjangkit.

Seseorang yang mempunyai sistem pertahanan atau imuniti tubuh yang lemah seperti mereka-mereka yang menghadapi kencing manis, menjalani terapi kortikosteroid, AIDS, kanser, sedang mengandung dan lain-lain turut mempunyai risiko untuk mendapati jangkitan badan dengan mudah. Kandidiasis atau apa yang dikenali sebagai kulat merupakan salah satu jangkitan yang mudah didapati oleh golongan ini.

Sebelum sebarang rawatan diberikan, pemeriksaan perubatan yang terperinci haruslah dilakukan untuk memastikan diagnosis yang betul dapat dicapai dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Simtom gatal yang terjadi seiring dengan keluarnya cecair dari faraj selalunya adalah manifestasi jangkitan kulat yis pada faraj atau manifestasi berlakunya “bacterial vaginosis” yang disebabkan oleh ketidakseimbangan jumlah bakteria baik dan buruk pada faraj.

Cecair yang keluar dari faraj bagi masalah jangkitan yis adalah tidak berbau dan sebaliknya jika berlakunya “bacteria vaginosis”. Oleh itu, berkemungkinan anda menghadapi jangkitan yis pada faraj atau lebih dikenali sebagai Candidiasis. Masalah ini diberi nama sedemikian kerana ini disebabkan oleh kulat yang dipanggil Candida Albicans. Organisma ini juga boleh menjangkiti mulut dan usus selain faraj.

Mengapa sesetengah wanita mendapat jangkitan ini? Sebenarnya, kulat ini adalah biasa dijumpai pada mulut, usus dan faraj. Namun begitu ia mendatangkan masalah apabila pembiakannya berlebihan dan tidak terkawal.

Masalah ini boleh diubati dengan menggunakan vaginal pesari yang megandungi anti kulat atau dengan mengambil pil anti-kulat bagi mereka yang tidak suka menggunakan pesari. Namun, ubat pil ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan menyusukan anak.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)