Sulit
5 tahun
Masalah gatal di bahagian vagina
hi, saya wanita berusia 25 tahun. saya mengalami kegatalan di bahagian luar faraj… masalah ini terjadi sejak saya mengunakan sabun pencuci alat sulit wanita dan saya berhenti mengunanya 2 bulan yg lepas. sejak dari tu alat sulit sy selalu terasa gatal. saya ada amik ubat antibiotic untuk aczem dan morning after pill. kebelakangan ini saya perasan keputihan saya kerap terjadi dan mengakibatkan kegatalan. saya ada alegic sebelum
ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- jangkitan Kulat
- Jangkitan Kelamin (Gonorrhea, Chlamydia, Trichonomiasis)
- Alahan pada pencuci
- Penyakit kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.