syada1992
5 tahun
Gatal di bibir faraj
bolehkah krim candid b disapu di bahagian miss v ketika mengandung?saya mengalami kegatalan tetapi tiada keputihan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ubat sapu krim candid biasanya digunakan untuk merawat:
- Tinea corporis - jangkitan kukat di badan
- Tinea cruris - jangkitan kulat di peha
- Tinea pedis - jangkitan kulat di kakai
- Tinea versicolor - panau
- Cutaneous candidiasis.
Secara umum, kegunaan candid bagi ibu hamil adalah dibolehkan memandangkan tiada risiko terhadap janin pada kajian terhadap haiwan. Namun, bagi menggunakan di daerah faraj, candid yang digalakkan adalah yang dalam bentuk losyen iaitu yang mana komponen dan kepekatannya sedikit berbeza dengan krim.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.